Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 bakal membuka tirai pada 27 April 2018 hingga 6 Mei 2018 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Acara yang digelarkan sebagai HARI RAYA bagi industri buku ini bakal menyediakan kira-kira 800 reruai yang sedia menerima kira-kira 2 juta pengunjung sepanjang 10 hari ini.
Kedai BLINK Ain Maisarah tidak ketinggalan menyertai acara terbesar tahunan ini dengan menyediakan reruai yang besar dan selesa buat pengunjung terutamanya pembaca dan peminat BLINK iaitu BLINKERS!
Pelbagai aktiviti menarik bakal diatur sepanjang acara ini seperti sesi ramah mesra bersama Ain Maisarah, penulis BLINK dan BLANK serta aktiviti bersama penulis jemputan seperti Badrul Sani (AMPAC) dan Che Mat (Tapow A).
Salah satu kempen yang dijalankan oleh BLINK adalah bingkai atau frame bertemakan Kedai BLINK Ain Maisarah yang boleh digunakan oleh semua peminat di laman sosial Facebook.
Bingkai ini boleh dipasang terus dengan melayari pautan berikut. Sila pastikan anda sudah Log Masuk akaun Facebook sebelum menggunakannya.
Maklumat lanjut Kedai BLINK Ain Maisarah boleh didapati di SINI
Be First to Comment