Skip to content

3 Idea Menarik Menyusun Buku

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Wah, bagaimana dengan cuti sekolah? Pasti seronok kan. Apa? Tidak seronok kerana cuti berbaki lagi seminggu, huhuhu. Baiklah post kali ini Abang Alam ingin kongsikan idea menyusun buku di rak cara mudah, ringkas pada masa yang sama nampak menarik.

#1-Idea Kedai Buku

Susun buku mengunakan  idea kedai buku atau perpustakaan. Bagaimana? Dengan menyusun mengikut subjek, kategori atau nama penulis.

Contoh,

Kita mempunyai rak buku 3 tingkat bernama Billy dari IKEA.

rak buku Billy IKEA

Bahagian atas rak buku kita khaskan untuk novel-novel Kak Ain Maisarah. Bahagian tengah dikhaskan untuk komik dan bahagian bawah rak boleh letak koleksi majalah.

Menyusun buku mengikut nama penulis

#2- Idea Warna Pelangi

Tidak kena mengena dengan Milo Berbulu Pelangi ya 🙂 . Cara menyusun buku idea warna pelangi ini dengan mengatur buku mengikut warna tulang (book spine) buku tersebut.

Contoh,

Novel Kak Ain Maisarah banyak tulang bukunya berwarna merah jambu, susun sebaris. Novel Siri Hero Sri Bangsar Abang Azanil tulang bukunya berwarna ungu,susun sebaris.

Menyusun buku gaya pelangi

#3- Idea Aksesori Dekor

Idea ini merupakan gabungan antara buku dan aksesori dekorasi. Maknanya, di rak buku kita tidak semata-mata ada buku sahaja. Kita boleh hiasnya dengan kotak (seperti kotak BLINK), anak patung, piala, gambar, pasu, arca, balang kaca dan pelbagai barang aksesori yang sederhana kecil. Kiranya rak buku serbaguna, tetapi dihias dan disusun cantik (bukan main campak-campak ya).

Barang aksesori ini boleh dijadikan sebagai penganti bookend.

susun buku gaya dekorasi_rak buku di dapur

Gambar contoh 1 menunjukkan rak buku yang berada berhampiran dapur. Buku-buku resepi berserta pinggan mangkuk dan kutleri.

susun buku gaya dekorasi_rak buku di bilik

Gambar contoh 2 menunjukkan rak buku berada di bilik/pejabat rumah. Buku-buku bersama kotak, balang kaca dan mesin menjahit mini.

Ekstra : Idea Graf

Idea yang kena mengena dengan matematik huhuhu. Sebenarnya,  sengaja Abang Alam berikan nama sedap sedikit. Idea  ini menyusun buku mengikut ketinggian. Hendak menyusun buku sama tinggi pun boleh hendak susun cara graf pun boleh (iaitu dari kiri tinggi dan terus rendah ke kanan).

 

 

Photo credit:  juhansonin, chotda, Nureen Swaggy, IKEA , Philip Fibiger , Mallory Hill

Published inAlam Anuar

4 Comments

    • Alam Anuar Alam Anuar

      Perlu ada sepasang bookend yang boleh menahan buku-buku dikedua-dua belah. Ada yang menyusun bertingkat (dirapatkan di dinding), seimbangkan seperti setingkat susun 10 buku dan sebelahnya setingkat lagi 10 buku. Elakkan menyusun buku tinggi-tinggi (30-50 buk setingkat) nanti susah hendak ambil dan runtuh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *