PERTANDINGAN MENULIS CERPEN: AKU MAHU…
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
APA YANG HARUS DILAKUKAN?
Bagi menyertai pertandingan ini, anda hanya perlu menulis sebuah cerpen berkaitan dengan tajuk utama. Tuliskan apa sahaja kemahuan, keinginan atau impian yang sering berlegar dalam kotak fikiran. Para peserta tidak boleh mengikut mana-mana tajuk novel siri Aku Mahu yang sudah terbit. Cerpen hendaklah mencecah 400 patah perkataan, namun tidak melebihi 1000 patah perkataan. Tajuk cerpen mengikut kreativiti sendiri dan dimulakan dengan perkataan ‘Aku Mahu…’
Contoh: Aku Mahu Jadi Novelistar
Contoh 2: Aku Mahu ke Bulan
Contoh 3: Aku Mahu Laptop Kaca
PEMILIHAN PEMENANG.
Pemenang akan dipilih hasil perbincangan dan penilaian para penulis BLINK.
HADIAH PERTANDINGAN.
Pemenang tempat pertama akan memenangi sejumlah RM50 + 5 buah buku PTS. Cerpen ini berkemungkinan diterbitkan dalam majalah BLINK pada masa akan datang.
Tiga pemenang hadiah saguhati: 3 buah buku PTS setiap seorang.
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN.
- Pertandingan ini boleh disertai oleh semua orang tidak mengira umur, bangsa atau kewarganegaraan.
- Jawapan ditulis menggunakan Bahasa Melayu penuh. Singkatan ejaan dan penggunaan bahasa SMS / slanga akan ditolak serta-merta.
- Tuliskan keseluruhan jumlah perkataan di hujung penamat cerpen.
- Para peserta juga perlu jadi ahli kumpulan PROJEK PENULISAN BLINKERS di link ini: https://www.facebook.com/groups/projekpenulisanblinkers/
RINGKASAN MAKLUMAT PERTANDINGAN.
Tarikh tutup : 9 Jun 2013
Tarikh umum pemenang : 14 Jun 2013
Hantarkan penyertaan ini menggunakan emel peribadi anda kepada [email protected]
Sertakan juga maklumat peribadi berikut :
- Nama Penuh :
- Alamat Penuh :
- Umur :
- No Telefon :
- Tajuk Cerpen:
Sebarang pertanyaan boleh ditinggalkan di ruang komen atau dalam kumpulan PROJEK PENULISAN BLINKERS.
Selamat menuliskan kemahuan dan bertanding!
Kak Izanor,dah ada ker orang buat aku mahu Glamor??
Intan Aneesha hantar saja apa-apa tajuk pun, asalkan bukan dari siri Aku Mahu yang sudah terbit.
Fightting!!!
^_^
boleh tak kalau nak hantar lebih dari satu karya?
BOLEH. 🙂
akak .. emm .. nanti bila dah nak hantr penyertaan sekali sertakan dengan cerpen tu kan ??
Ya. Letakkan biodata dan cerpen sekali.
Kak Izanor,, apa hadiah bagi tempat yang kedua??
Kak Izanor,cerpen ini perlu ditulis di dalam microsoft word atau pada kertas kosong?
Maryam: Taip dalam Microsoft Word dan emelkan seperti yang tertera dalam syarat pertandingan.
Kak, kalau bilangan perkataannya terlebih bagaimana?? Adakah akan ditolak?
YA. Lebih 1000 penyertaan akan ditolak. Nurul Husna ikut saja semua syarat yang tertera okey.
kak izanor, singkatan perkataan 2, mksudnya tidak menjadi tak ya?
Ya, betul 🙂
klau dialog, guna perkataan ,contoh “manisnyer” boleh tak?
Maaf lambat jawab Arin. Perkataan itu boleh digunakan tapi dengan ejaan yang betul = manisnya. Selepas ini akan ada pertandingan cerpen yang lain, Kak Izanor harap Arin boleh menyertainya. Masuk dalam group FB: Projek Penulisan Blinkers okey 🙂
kalau menggunakan bahasa inggeris tapi di taip Italic macam mana pulak?
Kaisah, maaf lambat jawab. Pertandingan Aku Mahu ini sudah tamat. Di masa akan datang Kaisah boleh usaha menyertai pertandingan yang lain. Masuk saja dalam group FB: Projek Penulisan Blinkers bagi mengetahui perkembangan terkini. Tentang persoalan itu, masih boleh menggunakan perkataan Inggeris dengan syarat berkaitan dan benar-benar penting untuk cerpen itu.
Kak izanor boleh tak saya tulis tajuk Aku Mahu Puasa Penuh?
Saya nak tanya mcm mana nak hantar novel dekat internet
Akak nak tanya bila ada lagi pertandingan cerpen ni . Saya dah buat satu cerpen bertajuk Aku MAHU Jadi Ahli Silat