Okei, Abang Aman mahu mengaku yang Abang Aman ini sebenarnya ada penyakit obsesi yang sangat kuat. Bukan obsesi seperti Diana The Wannababes ya. Jika Diana sedang obsesi, dia akan kenyang hingga tak lalu untuk makan. Abang Aman tak mungkin kenyang. Mesti mahu makan! Sebab itu tembam gedebam-bam!
Obsesi yang Abang Aman maksudkan ialah obses terhadap buku. Haaa! Siapa yang ada obsesi ini? Mengaku cepat! Abang Aman terlalu obses terhadap buku hingga Abang Aman membeli terlampau banyak buku yang akhirnya menjadi pekasam cicah saja di dalam almari.
Tetapi, sekarang ini Abang Aman cuba tukarkan obsesi membeli buku kepada obsesi baru. Iaitu obsesi membaca buku tak kira waktu! Dengan cara ini, Abang Aman boleh lah membaca buku-buku yang melambak bagaikan ikan todak hingga habis! Kemana saja Abang Aman pergi, pasti buku ada ditangan. Pasti khusyuk dilamun anganan. Tidak kisah di waktu bila, apa situasinya, baca tetap baca!
Jadi, apa yang Abang Aman mahu kongsikan hari ini ialah, 3 tempat atau situasi yang menjadi waktu kegemaran untuk Abang Aman membaca buku!
(1) DI DALAM KERETA
Setiap kali mahu keluar, Abang Aman pastinya akan membawa bekal. Bukanlah bekalan kuih ataupun nasi himpit, tetapi bekalan buku! Abang Aman sekurang-kurangnya akan membawa 2 buku ke dalam kereta. Jadi, tidaklah bosan sepanjang perjalanan. Begitu juga ketika menaiki tren. Kebiasaannya, tren yang Abang Aman naik akan pastinya memakan masa 20-45 minit. Jadi, membaca buku adalah sangat bagus untuk membunuh masa. Kebiasaannya, ketika menaiki kenderaan seperti kereta atau tren, Abang Aman akan memilih jenis buku yang mempunyai cerita yang berat. Kerana Abang Aman akan lebih khusyuk membaca hinggakan tidak sedar sudah sampai ke destinasi. Buku yang menjadi pilihan Abang Aman sekarang ini tentunya buku tentang zombi, demon atau monster. Yup, disebalik wajah tembam babyface ni (cewah!) Abang Aman sebenarnya peminat cerita horror. Hehehe!
(2) KETIKA MAKAN
Sememangnya waktu ini Abang Aman akan sering dimarahi oleh emak sebab tiada adab ketika makan. Betul juga. Cuma aktiviti membaca ini Abang Aman lakukan ketika makan sendirian. Kebiasaannya, Abang Aman akan memilih untuk membaca majalah saja. Kerana waktu makan hanyalah sekejap, jadi majalah sudah cukup. Tidak kisahlah majalah komik, kartun ataupun majalah tentang filem. Lagipun, majalah lebih mudah diselak menggunakan sebelah tangan. hehe.
(3) SEBELUM TIDUR/DIATAS KATIL
Ahhh…ini ialah waktu yang menjadi kegemaran Abang Aman untuk membaca! Badan yang selesa di katil empuk, badan yang sudah diselimut, dengan kipasan angin yang membelai-belai. Selesa betul! Kebiasaannya lagi, Abang Aman akan memilih bahan bacaan yang ringan. Yang kelakar, yang santai untuk dibaca. Takkan lah mahu membaca cerita tentang zombi pula kan? Memang tidak tidur la Abang Aman semalaman! Dan tentunya, banyak buku-buku BlinkBook Abang Aman khatam ketika waktu ini. Hohoho!
Jadi, ini ialah obsesi Abang Aman. Ada tak diantara pambaca yang sama seperti Abang Aman? Ataupun, mungkin ada yang lebih suka membaca ketika ‘memulas perut’ di bilik termenung? Haaa..beritahulah Abang Aman! Jangan lupa tinggalkan komen dibawah ya!
Apapun, kita jumpa lagi nanti. Boleh follow Abang Aman di:
FACEBOOK: https://www.facebook.com/amanwan.official
YOUTUBE: http://www.youtube.com/user/AmanWan
INSTAGRAM: http://instagram.com/7aman7#
Tata titi tutu!
Salam tembam, Aman Wan~!!
ketika makan?? kah3… mmg tak pernah dibuat org…
saya pun mcm tu….pun kene marah dgn ibu(bukan marah sgt..tegur je)
Saya malam-malam dah tutup lampu pun masih baca buku. Masa aktiviti sukan, bawa buku untuk baca masa larian. Saya sihatkah?
Wah! membaca sambil berlari? Ini rekod baru ni! Haha!
Saya suka baca buku ilmiah ketika sedang belajar,,ermm,,tpi kan abg aman..nak tanya lah..kenapa kdg2 manusia lebih rmai yg menolak buku? Mungkin kah disebabkan mengikutnya sudut dri arus permodenan buku sememangnye sudah lama ditukarkan dengan bahan elektronik seperti gajet..mungkin abg aman dpat beri sdikit penjelasan..
abg Aman..saya suke baca buku lawak sekolah! bez giler! itu saya baca tak kire tempat dan masa ! hehe
saya tak suka baca buku dalam kenderaan tak kira ringan atau berat.kepala saya boleh pening.
Haha! Memang ramai yang tak biasa membaca dalam kereta. Kadang-kadang emak selalu tegur, “Wan, kamu tak pening ke??” :p
saya x suka baca sambil makan nnti buku kotor …
Kita samalah abang Aman! Saya sambil jalan baca buku, makan baca buku, oh ya kadang kadang mengemas bilik pun sempat juga baca! 😛
Saya pun tak suke baca buku dalam kereta.. Nanti jadi pening. Kalau baca buku sebelum tidur,, selepas itu tentu saya akan tidur..
Macam mana abang Aman boleh tahan baca dalam kereta? Kalau saya, rasa loya je sepanjang perjalanan. Rasa nak pitam pun datang. Sedangkan saya tak undang pun pitam tu datang. Tiba-tiba je muncul. Haha. Ada tips supaya tak pening bila membaca dalam kereta tak?
Bile dok kt asrama pukul 10:00 da kne tutop lampu..so,kne la bwak lmpu meje..xpon pakai lampu jam(yg kaler warne kuning n ijau tu..)(۳˚Д˚)۳
Ketiga2 itu saya buat… Nampaknya ada geng la… Hehe\o/
Kadang-kadang bila membaca masa makan tula yg cepat ingat!haha..mak mmg mrh coz time mkn tula yg kita pilih nk fokus membaca,ye x?tp makin dilarang,itu yg sy makin suka buat.hehe..yg lain jgn ikut ye! =)
Darren Shan? Saya pun minat novel itu! Menarik! xD
Abang ni mmg suka cerita yg seram eh ????
Tapi abg kata abang baca ketika abg makan habistu di sekolah saya abg tak baca pun ! Programjelajahsekolah ketika sekolah saya membuat karnival Kemahiran hidup…. Kantoi sudah …. Hahaha :p
Ketika itu abg tgh makan…:p
Semua video abang Aman Wan saya tengok,ada yang kelakar ada yang mengganggu.saya paling suka yang Untuk Pertama Kalinya.Sessuai sangat abang buat video tu.Datang lagi Orang Misteri.assalammualaikkum (tak jawab dosa).
time makan dan time baring paling best nk baca komik hehehhe…sambil makan sambil baca nyum2…kita satu geng abg aman wan ^_^
semua pernah buat! :p
abg aman sama mcm sy. obses dgn buku. dan ketiga2 situasi ni pon sy lakukan hehe
Diana suka tiga-tiga situasi…. apatah lagi waktu makan dgn menghadap buku projek cupcake, projek diet,aku mahu saiz S dan apa-apa sahaja buku kak ain yang berkaitan makanan memang boleh membayangkan kesedapan gambaran makanan tersebut walaupun apayang kita makan tu bukan makanan yang digambarkan dalam buku… hehehehehe
saya tak boleh membaca dalam kereta..rasa pening dan loya.haha..waktu makan pun saya tak suka baca sebab nanti kotor majalah/buku tu Biasanya saya baca waktu bangun tidur pagi2 tu ataupun waktu tak boleh tidur sebab konfem akan ngantuk.Selalunya baca waktu bosan.hahah
saya tak boleh membaca dalam kereta..rasa pening dan loya.haha..waktu makan pun saya tak suka baca sebab nanti kotor majalah/buku tu Biasanya saya baca waktu bangun tidur pagi2 tu ataupun waktu tak boleh tidur sebab konfem akan ngantuk.Selalunya baca waktu bosan.hahah