Assalamualaikum dan salam sejahtera, Abang Alam doakan pembaca blog BlinkBlink dan Blinkers sihat-sihat belaka.
Kali ini, Abang Alam ingin kongsikan jadual warna dan kesannya menurut kajian yang telah dibuat oleh pakar warna.
Betul, warna pun ada kesannya. Contoh paling mudah, merah. Selain merah digunakan sebagai tanda-tanda bahaya atau amaran di jalan raya. Menurut kajian, warna merah juga dapat membangkitkan selera makan kita.
Siapa tahu restoran makanan segera yang terdapat warna merah di dinding restoran tersebut?
Lima terpantas jawab di komen akan menerima bintang! Huhuhu, mahu tiru Kak Izanor dalam group Projek Penulisan Blinkers.
Okey, Abang Alam sertakan jadual warna dan kesannya.
Apabila kita memilih mengecat bilik warna hijau, kita akan terasa segar dan rasa tenang. Sama seperti kita berada di hutan yang penuh kehijauan dan dapat menghirup udara segar. Sebab itu, warna popular untuk dicat di bilik untuk perempuan ialah merah jambu atau ungu dan warna popular untuk bilik lelaki pula ialah biru atau coklat.
Jadual ini adalah sebahagian sahaja contoh warna dan kesannya. Mahu lebih lagi, lagi dan lagi… ada terdapat dalam novel Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah. Bermacam lagi Abang Alam kongsikan selain warna di dalam buku tersebut.
Jumpa lagi. Oh, bagi yang belum berkawan dengan Abang Alam lagi di Facebook, boleh klik nama >>: Alamanuar blink
Ermm… KFC? hehehe….
BTW,best sangat buku Projek Dekor-dekor tu! Banyak tips berguna yang saya dapat…
Best juga Entri kali ni.Siap ada kuiz lagi. huhuhu… 🙂
Ya betul Syazma dan terima kasih. Dapat bintang 🙂
saye baru je bace buku dekor dekor tu tadi dah berulang kali dah…ttp terbaik…
Oh, terima kasih banyak-banyak Haziq. Amat menghargainya 🙂
KFC dan McDonald. Oh, glamor dan mewah, suci dan bersih, sotisfikated dan misteri. ehem ehem nampaknya saya mempunyai ciri-ciri yang hebat.jangan termuntah dulu! belum habis lagi. namun disebabkan saya ini baik hati(oh lagi sekali) saya tak akan sambung. SYOK SENDIRI sekejap. 🙂
abang alam saya orang ke-4 dapat tak?saya pun nak cat bilik tapi tak boleh sebab cat mahal 🙁 🙁 🙁
Nana dapat lima bintang :). Cat yang berjenama, memang mahal. Tetapi ia berkualiti. Boleh cuba cari jenama tempatan seperti Seamaster paint. KCC paint pun okey.
Terima kasih abg alam 😀 x de adiah ke hehehe
saya rasa kalau abang alam bagi hadiah kat pemenang lagi bagus.contoh dia macam buku Projek Dekor Dekor ke,cat percuma ke,atau pun blink coin 50.(kalau abang Alam terimalah).kalau tak tapek.ini cuma idea je.assalammualaikum(kalau tak jawab dosa)(joke)?