Skip to content

Tandatangan Pensil Magis!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mempersembahkan tandatangan pensil magis!

Hai-hai-hai Blinkers! Kali ini penulis mahu bercerita detik permulaan tandatangan ini tercipta. Tandatangan yang wujud pada April 2011. Keesokan adalah pesta buku hari pertama. Dalam masa kurang 24 jam… Izanor Sharif terpanik dan berdebar kerana masih tiada sebarang idea-hanya ada tandatangan biasa di buku bank. Tandatangan sejak darjah enam yang tidak ubah seperti cakar baby ayam (kadang-kadang tak dapat dibaca pun)

Selepas membantu persiapan Kedai Pink, malamnya Izanor tumpang tidur di rumah Editor Ann. Dalam otak asyik fikir mahu buat tandatangan yang berbentuk apa. Minta kertas A4 dua helai, duduk bersila beralaskan tikar dan secawan kopi… jari mula laju menconteng-conteng seakan pelukis amatur.

Formula: Mudah dibaca + pantas + stailo.

Huruf  (i) besar tak berapa cantik. Cuba bentuk smiley, pokok, matahari, pen dan banyak lagi. Fokus pada seni sambungan pula, hm… putar-putar, lurus seperti tiang atau apa? Lebih kurang 3 jam proses mencipta tandatangan berlangsung dan…

TADaaaa!

DSC05732

(^_______________________________________^) <3

Huruf i seakan tanda seru + simbol LOVE + senget stail. Setiap kali turunkan tandatangan ini di atas kertas ia memang tak pernah lurus. Tandatangan ini biasa saja, namun… Izanor supersuka dan puas hati (puji diri sendiri). Haha!

Oh, menyentuh fasal tajuk catatan blog: Pensil Magis. Baiklah! Pensil ini hadiah daripada kawan (BFF) yang melancong ke Australia. Pensil yang ada tiga warna (Biru – Merah – Kuning). Jadi… memang terlalu sayang dan kedekut mahu menggunakannya. Setakat ini, Kak Izanor pernah guna sekali ketika perjumpaan pembaca di Banglo Pink.

284436_430725223629583_950517116_n

Kali kedua semasa buat pertandingan ulasan Dongeng Sri Bangsar pada tahun lepas. Tiga pemenang yang terima kad raya eksklusif buatan Kak Izanor (Menangis-nangis mahu ukir dan tegakkan masjid ini okey, isk-isk-isk).

Magis kan? Magis sebab tiga warna. Magis sebab pensil warna ini ada satu sahaja dalam simpanan. Magis sebab kemunculannya hanya pada musim tertentu saja. Ada mata yang bersinar bentuk LOVE di hadapan skrin sekarang? (Hahaha perasan betul)

Okey-okey-okey… Kak Izanor akan umumkan bila ada agenda yang melibatkan pensil magis (tunggu kikis rasa kedekut hihi). Sekarang, jangka hayat pensil masih panjang-baru 20% tahap penggunaan. Sila lihat bukti gambar di bawah.

Senyum-senyum bunga semua. Sampai kita bertemu lagi dalam catatan yang akan datang.^^

DSC05734

 

 

Anda suka penulisan ini? Kongsi Di Laman Sosial!
Published inIzanor SharifTerbaru

171 Comments

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Terima kaseyyy! Kak Izanor pun mahu tandatangan buat AnaMyhusna juga! 😉

    • Saya juga mahu ! Satu tandatangan Kak izanor pun saya belum ada ! Inilah satu-satunya peluang saya ! 😉

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Alhamdulillah. Terima kasih Wardina! 😉 Itulah kad paling mencabar dalam sejarah pembuatan kad (Kak Izanor memang suka buat kad. Dulu-dulu masa sekolah sebab ada banyak masa dan tak pandai beli kad lagi. Hehe).

      • Wawa Lulu Wawa Lulu

        Kak Izanor,saya peminat setia Dongeng Sri Bangsar.Nak tandatangan Kak Izanor!

    • Biasalah ! Kak Izanor,siapa tidak kenal kehebatannya ! Superpower Girl ! Hehehehe

      • Nur Dzuhaila Nur Dzuhaila

        Eh!Eh!Saya mahu menyibuk juga! >.<

  1. Kreatif tandatangan tu. pensel magis yang sungguh magis.hehe… kalau saya dapat pensel magis tu pun saya tak akan sentuh/gunakannya.huhuhu…. ^_^

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Yeay setuju dengan Syazma! 🙂

    • Saya juga ! Saya akan simpan,dan jaga sebaik mungkin ! Jika ada seekorpun anai-anai ingin menjamah pensel itu ! Saya sembur guna racun ! Saya akan jadikan pensel penuh sejarah dalam hidup saya,biar cucu-cicit saya melihatnya !
      Maaf menggangu !

  2. Farzana Baharuddin Farzana Baharuddin

    pandainye kak izanor buat kad dan tandatangan.. cantik pensil tu, nk tandatangan!!!

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Hehe. Buat kad antara hobi dan minat masa sekolah dulu. Kad ini Kak Izanor pertama kali buat masa subjek Pendidikan Seni darjah enam 😉 Yeay! Harap Farzana dapat hadir di pesta buku mahupun perjumpaan tahunan Ain Maisarah. Boleh Kak Izanor dan penulis Blink yang lain beri tandatangan.

      • nurafrina arrysya nurafrina arrysya

        Assalamualaikum.
        Saya sangat suka mengumpul tandatangan penulis blink tetapi setakat ini saya hanya ada tandatangan kak ain maisarah dan abang azanil fitri.Magis! Itulah perkataan yang terungkap selepas melihat tandatangan kak izanor.Wow! Pelbagai warna gitu, saya suka!saya suka! Saya berharap semoga dapat kad raya dari kak izanor bersama tandatangan.

        Pecah kaca pecah tong,
        Sudah baca saya gantung.
        (Kalau ada rezeki dapat kad raya)

    • Saya juga ingin mengikut jejak langkah Kak Izanor ! Sekarang saya juga sudah mula berjinak-jinak membuat Kad ! Ia sangat menyeronokkan !

      • Izanor Sharif Izanor Sharif

        Wah… selamat berkreatif dan membuat kad yang cantik! 😉

  3. Cantik la tandatangan Kak Izanor !

    Go to the east,
    Go to the west.
    Go Kak Izanor,
    You the best!!

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Terima kasih Tengku Aieyyn Moshi’s. You’re the best too! <3

    • Wow ! Terbaik ! Untung Kak Izanor ! Aineyyn untuk saya tiadakah ? ! Maaf menggangu !

  4. Bismillahirahmanrirahim,kehadapan Kak Izanor yang dikasihi(ewah).
    Sesungguhnya walaupun saya sudah ada banyak tandatangan Kak Izanor tetapi saya tetap mahukan Tandatangan pensil magis ini dan kad raya buatan kak izanor(oh kalau dapat hehe terasa diriku begitu berharga Olay).
    Apapun selamat hari raya.Maaf zahir dan batin.

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Amir Taufiq terus lengkap dengan ucapan maaf zahir dan batin ya? Haha! Kak Izanor juga terasa diriku begitu berharga. Terima kasih! 🙂

      • ya,maaf zahir batin :D..haha kalau ikut hati nak jugak hantar sebekas kuih muih..eh silap kuih raya..tapi semenjak dua menjak ni..busy sahaja..hahaha xD

  5. irwani irwani

    pertama kali baca terus suka 😀

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Thanks Irwani 😉

  6. Kreatif sungguh tandatangan magis Kak Izanor itu ! Kad itu juga nampak kemas ! Wah, kak Izanor bukan sahaja berbakat menulis cerita tetapi juga handal membuat perkara sebegini. Kak Izanor lah idola saya.

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Cool! Intan Azureen diam-diam terus jadi Blinkers yang pertama beri komen. Terima kaseyy 😉

  7. Wah! Cantiknya tandatangan kak Izanor! Tandatangan kak Izanor kreatif dan sangat best untuk ditengok. Tak puas mata saya memandang.

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Terima kasih Hani Nasuha 😉

  8. Nur Anis Syafiqah Bt Abd Razak Nur Anis Syafiqah Bt Abd Razak

    cantiknya tandatangan kak Izanor itu…saya nak sangat kak Izanor ajarkan…warna-warni seperti pelangi yang indah…kak Izanor memang bijak… 🙂

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Nur Anis Syafiqah mahu Kak Izanor ajarkan? Hm… boleh memang boleh, tetapi sudah tentu tandatangan yang berbeza corak dan bentuk. 🙂

    • Jangan berani-berani tiru,tandatangan itu eksklusif dan mahal ! Maaf menyibuk !

  9. Cantik tandatangan Kak Izanor! Kalau saya ada pensel magis itu pasti seronok! Akan simpan sampai bila-bila dan takkan guna! Lagi-lagi pensel itu ada tiga warna yang cantik dan pensel itu hadiah daripada kawan baik. Sudah tentu sayang!!

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Betul-betul-betul! AnaMyhusna, kita memang geng yang sayangkan (kedekut) pensil magis. Hehe~

  10. Aribah Asri Aribah Asri

    Wah cantiknya tadatangan kak Izanor, tandatangan saya tak secantik itu pun

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Terima kaseyyy Aribah Asri! Sebenarnya, semua orang pun boleh reka tandatangan yang cantik 🙂

  11. Zul Zul

    Cantik Sangat Tandatangan tu.Suka! 🙂

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Tooche Zul! 🙂

  12. najwa sktm najwa sktm

    Terlalu cantik tandatangan Kak Izanor. Saya suka! Kalau saya dapat pensil magis itu sudah tentu saya sayang!

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Terima kasih Najwa! ^___________^

      • najwa sktm najwa sktm

        Sama-sama, memang sangat comel, nak tandatangan Kak
        Izanor!

  13. nurafrina arrysya nurafrina arrysya

    Assalamualaikum.
    Saya sangat suka mengumpul tandatangan penulis blink book tetapi setakat ini saya hanya mempunyai tandatangan dari Kak Ain Maisarah dan Abang Azanil.Magis! Itulah perkataan pertama yang terungkap selepas melihat tandatangan Kak Izanor.Wow! Pelbagai warna gitu(Saya suka!Saya suka!).Saya berharap semoga saya dapat kad raya bersama tandatangan datipada Kak Izanor.

    Pecah kaca pecah tong,
    Sudah baca saya gantung.
    (Insyallah jika peroleh)

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Waalaikumussalam wbt. Terima kasih banyak Nurafrina! 😉 Siap ada pantun lagi di hujung komen. Semoga kita dapat bertemu satu hari nanti.

  14. Kak Izanor , selepas baca pos Kak Izanor ini baru saya mulai teringat semula pengalaman sewaktu saya masih di bangku sekolah ! 5 tahun yang lalu ~ *Kabus kabus putih mendominasi skrin laptop masing-masing ! * Pada hari lahir saya yang ke sembilan , ada seorang sahabat handai saya menghadiahi saya pensel berwarna warni yang awesome ini ! 100 % sama dengan yang dalam gambar di atas ! *skrol balik ke atas*Saya terlalu sayangkan pensel itu sehinggakan saya tidak mahu menyimpannya di dalam beg sekolah saya dan menggenggamnya sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah dan dengan tidak semena menanya pensel itu terpelanting ke udara dan kira kira 5 saat kemudian pensel itu jatuh betul betul ke dalam parit besar di tepi jalan :'( Huk Huk ! *Vroom ! Vroom ! Dulu saya naik motor 🙂

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Oh-oh-oh… tragis + lucu cerita Ainul. Kak Izanor seronok membaca kisah yang dramatik ini. Terima kasih! ^_____________^ (Ehem, sekarang sudah berhenti naik motor ya?)

    • Sadis sungguh ! Amat mengharu-birukan hati ini ! Kenangan pahit bersama pensel ! 🙂

  15. erme fazren erme fazren

    Wah Cantik sungguh tanda tangan Kak Izanor, Jikalau bandingkan dengan tanda tangan saya, fuhh jauh bezanya..

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Hehe. Oh, Erme Fazren juga mampu berlatih dan mencipta tandatangan yang cantik. 🙂

  16. Wah, kak Izanor sungguh kreatif! Saya mahu tandatangan kak Izanor juga. Kagum sebab kak Izanor boleh buat kad raya itu. Sungguh berbakat dan magis. Saya mahu kad raya dan tandatangan daripada kak Izanor.

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Terima kasih banyak Keyla Ali atas komen yang magis ini. 😉

  17. nurul natasya nurul natasya

    waah! (ternganga) -_- over pula..
    cantik betul tandatangan kak izanor, dengan penggunaan warna yang sangat kemas dan menarik.. >_< kalaulah saya dapat kad raya tu, raya tahun ini, akan jadi raya yang paling bermakna dalam hidup saya.. (over lagi… -_- …) hehehe,tapi tak tipu yee..

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Nurul Natasya: Cool! Kak Izanor juga harap dapat membuatkan hari raya Blinkers menjadi semakin bermakna. (Berapa saat babak mulut ternganga? Hehe!)

  18. shaifha aness shaifha aness

    Wow sungguh cantik tandatangan kak izanor saya suka sangat cantik dan comel

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Wow! Terima kasih Shaifha Aness. 😉

  19. Nur Azwa Nur Azwa

    Oh,jatuh cinta pandang kesepuluh melihat tandatangan magis yang membuatkan saya teringat-ingat.Oh,andai menjadi milikku akan kupamerkan buat tatapan sanak-saudara yang pastinya terkebil-kebil melihat tandatangan stailo ini.Tandatangan yang lengkap dengan simbol hati yang menguatkan lagi keinginan memeluk dan mencium kad raya kiriman Kak Izanor.Berwarna-warni seperti keriangan di Aidilfitri yang cukup simbolik dengan kad raya yang akan diperolehi oleh saya (InsyaAllah)Oh,terpesona melihat nama yang tercatat,Izanor,penulis kesayangan saya.

    :*

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Jatuh cinta sampai sepuluh kali? Mahu pamer buat sanak-saudara? (lari menyorok di sebalik langsir). Terima kasih Nur Azwa kerana sudi memberi komen dan menaipkan ayat yang bermakna. Kak Izanor amat menghargainya. ^_______________^

  20. Illie Saffiya Illie Saffiya

    Terpegun, tertarik, menarik, memang DABOMMS! 🙂

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Terima kasih Illie Safiyya Blinkers yang ‘dabomms’ juga. Jangan main mercun yang bunyi kebabom sudah. Hehe~

  21. Ain Nadzirah Ain Nadzirah

    Wahh .. Bestnyaa … Kreatif Idola Saya Niee .. BTW , Cantik Macam Kak Izanor Tandatangan tu .. Ngeee .. 😀

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Kreatif yang bermusim gitu 😉 Terima kasih Ain Nadzirah!

  22. Assalamualaikum dan hai buat Kak Izanor, penulis Blink Book kesayangan semua. First thing first, saya nak ucap tahniah sebab dah ada tandatangan (lambat sangat untuk diucap). Cantiklah tulisan dan tandatangan Kak Izanor!! (saya suka! saya suka!) Saya nak kad hari raya dari Kak Izanor sebab tandatangan tu MAGIS.. Satu lagi, sebab walaupun saya tak ada pensil magis tu, saya harap dapat tulisan dari pensel tu pun jadilah…

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Terima kasih atas ucapan tahniah dan kata-kata pujian. Kembang mata dan tangan Kak Izanor, opsss! 😉 Sayang Blinkers Nur Madihah Balqis juga.

  23. Azmina hazirah Azmina hazirah

    Kak izanor memang kreatif. nak kad itu boleh tak boleh tak?

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Azmina Hazirah: Hihi kad ini memang mencabar minda dan tenaga. Kad hari raya yang Kak Izanor maksudkan dalam pertandingan tahun ini agak berbeza. Teringin juga cuba sesuatu yang baru. 🙂

  24. Nurul Athirah Nurul Athirah

    Wah! Boleh tidak saya hendak pensel magis itu? Oh, saya hanya bergurau xD
    Saya suka pensel magis itu. Teringin hendak memilikinya.. 🙂

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Nurul Athirah: Rasanya ada kedai-kedai yang menjual pensil ini. Kak Izanor akan beritahu dan kongsikan bila dapat tahu nanti okey. 😉

  25. Comel lah tandatangan kak Izanor! Lina ada 2 tandatangan kak Izanor. Satu dalam novel satu dalam album buku.Tandatangan Penulis Blink semua kreatif dan comel-comel! Superblink! Kak Izanor nak kad raya tu boleh? Hehehe.

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Hehehe. Fuh, kad raya yang ‘binaan masjid’ ini memang terhad. Tahun ini tak mampu buat. InsyaAllah, mungkin ada peluang Lina di lain waktu.^^

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Wah! Pensil warna mengikut link yang Muhamad Firdaus kongsikan ini semuanya nampak menarik. Thanks! 😀

  26. Wah!! Cantiknya tandatangan kak Izanor..Kreatif lah kak Izanor ni..Nak satu boleh??

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Kak Izanor juga mahu lakarkan tandatangan ini buat Intan Aneesha. 🙂

  27. nur aina balqis nur aina balqis

    wahh,kak izanor cantik sungguh tandatangan tu!!.bilalah boleh dapat tandatangan secara live and jumpa dengan kak izanor secara live jugak.hehehe.apapun tandatangan tu memang magis habislah kreatif pulak tu..terbaikkkk….

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Terima kasih Nur Aina Balqis! Semoga ada rezeki kita bertemu secara LIVE. 😉

  28. sarahsyazanaali sarahsyazanaali

    Wah, memang magis, cantik dan menakjubkan! terpukau saya dibuatnya kak Izanor! Terbaik! saya mahu, saya mahu , saya suka , saya suka, kalah tandatangan saya yang tidak seberapa comel berbanding Kak Izanor, bilalah saya boleh dapat tandatangan magis ini daripada kak izanor sendiri..

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Beribu terima kasih! Wah… Kak Izanor juga teringin lakarkan tandatangan buat Sarah-semoga hasrat itu jadi kenyataan 🙂

      • Sarahsyazanaali Sarahsyazanaali

        Sama-sama ! Terharunya saya sampai tidak ingat dunia ! Amin , Kak Izanor , jika ada masa, datanglah ke Kuala Terengganu untuk mengadakan pesta buku. Dekat Kuala Lumpur tu jauh tersangat lah! Semoga angan-angan saya menjadi realiti , memang saya mahu kad magis beserta tandatangan comel ini!

        • Izanor Sharif Izanor Sharif

          Baik. InsyaAllah… jika ada peluang dan rezeki Kak Izanor datang ke Kuala Terengganu-pengumuman akan dibuat. Selamat terus ceria Sarah!^^

  29. 29101974 29101974

    Wah!!! akak Izanor cantik tandatangan.Macam orangnya juga …Nak satu boleh???

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Boleh! Buat Blinkers semuanya boleh. Bila Azlina mahu bertentang mata dengan Kak Izanor? 😉

  30. Wah,Cantiknya tandatangan ini!
    Kalau kak Izanor bermurah hati,sila lah beri kepada saya.. >.<
    Sekiranya tidak dapat,Pesta Buku tahun 2014 nanti,saya akan minta dari kak Izanor sebanyak mungkin.
    Biar akak Izanor penat.
    Heheh,kejam tak saya?

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Pesta Buku 2014 lambat lagi. Paling terdekat Perjumpaan AinMaisarah hujung tahun nanti, ha… masa itu Kak Izanor boleh beri tandatangan secara langsung-bertentang mata dengan Nursyams Nadzirah, okey?^^ (Kak Izanor akan fotostat banyak-banyak, jadi Nursyams takkan jadi kejam. Hehe)

  31. Iqmar Si Blinkers Iqmar Si Blinkers

    Ini saya ! Iqmar Effendy ! KAk Izanor jangan tersilap atau keliru YA !

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Baik! Kak Izanor tidak akan keliru 😉

      • Syamimie Batrisyia Syamimie Batrisyia

        Wow cantiknya tandatangan Kak Izanor.Colourful pula.Kalau saya dapat tandatangan Kak Izanor mesti gembira tidak terhingga.Saya mahu tandatangan Kak Izanor juga!!!

        • Izanor Sharif Izanor Sharif

          Thanks! Kak Izanor turut seronok melihat kegembiraan Syamimie 🙂

        • Saya juga gembira ! Sep sikit ! Sep hujung jarum ! Saya lelaki ! Peace ! MAaf menggangu !

  32. Wah, cantiknya kad yang Kak Izanor buat. Tak berkelip mata saya memandang. Saya teringin memiliki kad seperti itu lebih-lebih ada tandatangan Kak Izanor menggunakan pensil magis kesayangan Kak Izanor. Kalau saya dapat kad yang ada tandatangan Kak Izanor menggunakan pensil magis itu, saya akan jadikan kad itu sebagai kenangan dan akan menjaga kad itu dengan sebaik-baiknya seperti menatang minyak yang penuh. Saya tidak akan benarkan sesiapa menyentuh kad itu selain saya.

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Terima kasih Shoyifah Mardhiyah yang sentiasa kreatif mengarang ayat. Kak Izanor suka dan hargai usaha ini. ^__________^

  33. hanina nasir hanina nasir

    Assalamualaikum Kak Izanor..macam mana nak buat?Kena buat kad untuk kak izanor Kasih..atau buat maksud tanda tangan saya,atau buat ucapan hari raya untuk Kak Izanor??Terima

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Waalaikumussalam wbt. Hanina boleh rujuk contoh kawan-kawan yang sudah tinggalkan komen. Tinggalkan komen yang berkaitan dengan topik: Tandatangan pensil magis. Tak perlu buat kad mahupun tandatangan. 🙂

  34. Assalamualaikum W.B.T dan Salam Blinkers

    1) Ini Kali kedua saya melekatkan mata ini menggunakan gam UHU untuk kembali meratapi kecantikkan tandatangan serta Kad Ucapan Kak Izanor yang memukaukan itu,dan menari-narikan jari-jemari kuini untuk merebut Kad Ucapan dan tandatangan Kak Izanor yang menjadi rebutan ramai kerana keistimewaannya dan ia terlalu ekskusif serta sangat istimewa kerana ia dibuat sendiri oleh air tangan Kak Izanor disertakan dengan warna-warna yang dihasilkan oleh pensil magis yang mampu membuatkan saya anggau jika mendapatkannya (hehehehe).

    2) Saya ingin jadikan tandatangan Kak Izanor sebagai pencetus ilham saya untuk membuat tandatangan yang cantik lagi eksklusif kerana Kak Izanor sendiri sedia maklum bahawa pangkal huruf nama kita serupa ,Yeahh (happy sekejap).

    3) Saya amat berharap agar saya mendapatkan Kad Raya dari Kak Izanor yang memukau itu dan semoga Allah bukakan pintu hati dan mata panorama Kak Izanor seluas-luasnya untuk berlembut hati memberikan saya Tandatangan dan Kad Raya buatan akak sendiri itu yang digilai Para Blinkers.

    4) Semoga Kad Raya yang diberikan oleh akak (kalau dapat) menambahkan lagi keceriaan dan kebembiraan saya di pagi Raya setelah membaca kad tersebut serta akan membuatkan tahun ini berlipat kali ganda dengan memori indah dan penuh makna !

    5) Tidak lupa juga,saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin buat Kak Izanor dan semua Penulis Blink Book serta Para Blinkers yang cool-cool belaka !

    Yang ini merupakan komen yang asli ! Maaf atas kesalahan saya sebelum ini ! 🙂

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Wahwahwah! Ini komen terpanjang yang Kak Izanor terima. Ia sangat bermakna dan terus melekat di hati (menggunakan gam UHU juga) 🙂 🙂 Semoga Iqmar terus ceria, positif dan bersemangat menghadapi bulan Ramadhan. (Komen lain yang tidak asli itu sudah dipadamkan)

      • 🙂 ! Terima Kasih Kak Izanor ! Sayang akak ! Hehehehe

  35. Assalamualaikum 🙂

    Tandatangan Kak Izanor mudah dibaca bertepatan dengan diri seorang penulis. Namun, fon yang digunakan agak kurang menarik, masih ada fon lain yang boleh ditandatangan dengan laju. Simbol jantung juga sangat biasa digunakan. Kelemahan ini telah diatasi dengan baik dengan penggunaan pensil pelbagai warna.

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Waalaikumussalam wbt. Komen yang cool dan tersendiri daripada Nusaibah. Terima kasih banyak! 🙂

  36. qila akisz qila akisz

    kreatif! saya suka. comel sangat 😀

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Thank you Qila Akisz! 🙂

  37. Assalamualaikum W.B.T dan Salam Blinkers
    1. Sudah berapa kali saya tengok tandatangan Kak Izanor ? Saya pun tidak tahu . Dan kalau tidak silap sudah dua kali . Dua kali ? Baru dua kali bukan 2 juta kali . Ish ! Gedik saja lebih ! Saya suka sangat yang teramatlah sangat (B.Melayu mana ini?)tandatangan Kak Izanor ini . Kreatif ! Kad ucapan itupun saya suka . Lebih eksklusif berbanding kad yang dijual di kedai ! Hehe ! Saya mahu rebut kad ucapan yang kreatif lagi inovatif itu daripada genggaman ramai . *eh?
    Saya rasa kalau kad ucapan Kak Izanor dijual di mana-mana kedai , pasti ianya salah satu kad ucapan yang paling laris di pasaran , saya jamin . *perasan
    Saya tahu apa yang membuatkan tandatangan Kak Izanor kelihatan cantik walaupun hanya diukir di atas pasir di tepi pantai . Apa itu ? Ianya adalah capital I yang Kak Izanor tukar ke tanda seru -> ‘ ! ‘ dan ukiran bentuk hati di penghujung tandatangan . Sangat memukau para Blinkers !
    2. Saya juga tidak pasti kenapa saya mahu sangat-sangat tandatangan serta kad ucapan akak . Mungkin saya sudah terpukau dengan keaslian dan kekreatifan tandatangan serta kad ucapan itu . Dan saya tahu apa yang akan membuatkan saya lebih terpukau akan kad ucapan akak dan gembira apabila akak berikannya kepada saya #InsyaAllah . Saya akan beritahu akak di ayat yang ke-5 . Jangan berdebar-debar ya ! Takut nanti melonjak jantung akak bila baca komen saya . Hehe !
    3. Saya berharap agar tandatangan serta kad ucapan itu menjadi milik saya ! Milik saya ! Milik saya ! Milik saya ! Wah , gediknya ! Saya berharap tersangatlah sangat tandatangan serta kad ucapan yang menjadi kegilaan para Blinkers ini menjadi milik saya . =)
    4. Mesti akak berdebar-debar menunggu ayat yang ke-5,betul tak? *Ish ! perasan saja lebih
    Saya harap sangat-sangat akak dapat beri saya kad ucapan serta tandatangan yang super duper kreatif itu untuk saya . Pasti tahun ini ialan tahun yang paling bermakna di dalam CD Memori Indah jika kad ucapan yang mengandungi tandatangan akak menjadi milik saya .
    5. Mesti akak berdebarkan? *perasan =D
    Perkara yang membuatkan saya lebih terpukau akan kad ucapan akak dan gembira tak terkata apabila akak berikannya kepada saya #InsyaAllah adalah apabila kad ucapan tersebut disertai dengan tandatangan akak,para Penulis Blink Book dan beberapa penulis novel pts yang lain dan kata-kata motivasi dan kata-kata semangat juga turut dicoretkan ke dalam kad ucapan itu untuk saya kerana bulan September nanti saya akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) . *Ish,keterlaluan ni !
    Saya tahu permintaan saya keterlaluan tapi saya pasti akan ada lagi ramai Blinkers yang akan bersaing untuk mendapatkan kad ucapan serta tandatangan comel , kiut-miut , kreatif akak ini . Jadi saya tidak terlalu konfiden , boleh ataupun tidak memiliki kad ucapan dan tandatangan tersebut . Sebelum mengakhiri komen saya yang sudah boleh dibuat karangan ini , 1,2,3…4…5.. 10 jari saya susun untuk memohon maaf kerana meminjam sebentar mata Kak Izanor untuk membaca komen saya yang ‘over’ ini . Saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri . Maaf zahir dan batin kepada Kak Izanor dan para Penulis Blink Book . Saya tahu masih awal untuk mengucapkannya tetapi saya ucapkannya terus sekarang sebab takut nanti tidak ada masa mengucapkannya apabila menjelang bulan Ogos kerana sibuk mengulangkaji pelajaran =)

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Fatin Aimi Ayumi… mahu Kak Izanor beri anugerah pengkomen yang terpanjang? 😉 Bukan main lagi skrip ucapan mahukan kad raya kiriman Kak Izanor-yang paling dramatik mencuit hati di bahagian ‘Milik saya!’. Jangan kata berdebar, tidak tertepis lagi dan terus tumbang depan skrin dengan tembakan yang bertubi-tubi. Haha! Berdozen-dozen terima kasih atas kesudian meninggalkan komen di sini. Selamat terus bersemangat menghadapi pelajaran! ^_________________________^

      • Terima kasih kembali Kak Izanor atas anugerah akak itu ! Saya hargainya ! *eh? Sudah diberi,ya? ^___________^ 😉

    • Ini lebih lima ayat kan Kak Izanor ! Discualifait! By the way ! Menarik ! 🙂 (saya gurau sahaja ! Jangan marah ok, Don’t take it serius ! ~ Ejaan saya pasti salah ! Ermm,baru berjinak-jinak menggunakan Bahasa Ingeris ! Bye !

      • Saya memang biasa bergurau ! Tidak kisah bergurau lama-lama , yang penting jangan keterlaluan ! *hoho
        Saya mahu menghantar komen hanya 5 ayat tapi saya tidak pandai memendekkan ayat =3
        Sebab itulah saya susah join pertandingan yang diadakan untuk blinkers kerana kalau perkataan ataupun ayat telah dihadkan dan idea saya mencurah-curah terlebih curah pada masa itu,jari jemari tidak akan berhenti menaip . =3 *huhu =P

      • Nur Azwa Nur Azwa

        Ya!Ejaan sebenar ialah disqualified.

  38. tandatangan menggunakan pensel magis nampak lebih menarik!Saya amat menyukainya.Kad raya buatan sendiri memang betul-betul kreatif lah kak izanor.tiada jual dipasaran.Terasa diri begitu bertuah apabila mendapat kad raya sebegitu dan tandatangan menggunakan pensel magis.

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Betul-betul-betul (sokong pujian Ashya kepada diriku haha). Terima kaseyyy! ^_______^

  39. Athifah Rosyidah Athifah Rosyidah

    Wah! Ternganga mulut saya melihat tandatangan Kak Izanor yang cantik, menarik, dan meleTOP sungguh (ehem, kuat sungguh kipas bodek saya >_< ). Sekiranya saya dapat kad raya eksklusif dari Kak Izanor (insya Allah), mungkin saya pengsan kemudian bangun dan pengsan lagi dek terlampau terkejut! Oh, berikankanlah saya kebenaran untuk memiliki kad raya itu Kak Izanor (sambil mata terkelip-kelip comel). Akhir kata, saya ucapkan selamat berpuasa, berbuka, bersahur, berterawih kepada Kak Izanor, juga tak lupa selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri (tiga minggu lagi). Senyum ceria selalu…

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Oh, tidak… jangan sampai pengsan Athifah! Namun, jika mahu pura-pura pengsan atau sekadar bayangan tak apa. Kak Izanor mengucapkan berbanyak terima kasih buat komen ini (sambil mata terkelip-kelip pedih kerana sudah jam 3 pagi hihi) Selamat terus ceria! 🙂 😉

      • Athifah Rosyidah Athifah Rosyidah

        Oh, tidaklah Kak Izanor. Pengsan itu hanya sebuah khayalan saya yang terlebih berkhayal benda-benda mengarut dan tidak masuk akal seperti berkhayal makhluk khayalan (eh, berbelit pula ayat saya >_<). Saya bayangkan saya pengsan kemudian disambut oleh keempukan tilam air bercadar warna biru dalam istana berlian yang sangat eksklusif bak Menara Tocang Emas Rapunzellah. Wah… bagusnya kalau angan-angan saya menjadi kenyataan ^_^

        • Izanor Sharif Izanor Sharif

          Hehehe! Oh, kita memang serasi Athifah. Kak Izanor juga teringin berehat dan beradu di atas keempukan tilam air. Mari sama-sama doa semoga impian kita jadi kenyataan.^^

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      😉

  40. (1) Tandatangan kak Izanor Sharif yang begitu buat saya terkejut kerana ianya sangat,sangat,sangat cantik.(2)Lagi-lagi tandatangan kak Izanor Sharif yang menggunakan pensel magis membuatkan saya lagi bersemangat untuk berpuasa ini.(3)Kalau boleh saya nak kad hari raya hasil kakitangan kak Izanor itu (INSYALLAH DAPAT).(4)Saya rasa sangat bertuah kalau mendapat kad hari raya kak Izanor kerana tandatangan kak Izanor cantik sangat!!.(5)Dan yang terakhir ini saya mengucapkan ribuan terima kasih kalau bagi saya satu peluang untuk mendapat tandatangan kak Izanor,kak Izanor memang kreatif,saya rasa kak Izanor layak menjadi IDOLA saya.

    SEKIAN TERIMA KASIH,

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Ini betul-betul magis! Tandatangan Kak Izanor membuatkan Najwa bersemangat untuk berpuasa.^^ Ribuan terima kasih atas penghargaan yang diberikan.

  41. Eifa Rafhana Eifa Rafhana

    Assalamualaikum , cantiknya!! Saya berharap sangat dapat pensel seperti kak Izanor . Tandatangan kak Izanor warna warni seperti pelangi!! Selepas membaca entri kak Izanor ,saya terus bersemangat untuk membuat tandatangan yang lebih cantik dan unik daripada kak Izanor kerana tandatangan saya sebelum ini kurang menarik…hihihi.yeah,yeah!!! Lastly, kak Izanor nak juga pensel magis tu!!! Uwaaaaa!!! Nak jugak!!! Nak sekarang juga!!! Hihihi,

    Ok, sekarang sudah dapat idea mahu membuat tandatangan baru!!! Tandatangan tulisan jawi.. Tapi tidak secantik dan sepelangi tandatangan kak Izanor !!! 🙂

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Waalaikumussalam wbt.

      Terima kasih Eifa! Kak Izanor seronok dapat tahu yang Eifa menjadi bersemangat mencipta tandatangan selepas membaca entri ini. Nanti bila sudah siap, boleh kongsikan di Facebook dan tag-Kak Izanor mahu tengok tulisan jawi yang kreatif. 😀

  42. Assalamualaikum Kak Izanor yang berada di alam fantasi! Hehehe…

    Pertama sekali, saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa! Tentu penat hendak mengerah otak untuk mendapatkan idea menulis.

    1)Tanda tangan Kak Izanor memang kreatif dan cantik apalagi ditulis menggunakan pensel magis 3C itu! (3Colour. Bukan Super 3G iya!Hehe.)

    2) Kak Izanor memang tangan seni kerana dapat mencipta kad raya yang berbentuk seperti masjid, alangkah gembiranya jika saya mendapat kad ciptaan kak Izanor itu!

    3) Jika saya mendapat kad raya itu, memang saya akan menari seperti orang yang mendapat duit RM100! (InsyAllah dapat )

    4) Jikalau saya tidak mendapat kad raya itu, tidak mengapa tetapi saya akan cuba untuk membuat kad raya yang seunik Kak Izanor!

    5) Tidak lupa, tandatangan Kak Izanor memang menarik lebih-lebih huruf I ditukarkan kepada tanda seru dan ditambah pula dengan ‘love’.

    Kelima-lima ayat ini adalah 100% dari otak cair saya ini! Harap-harap saya mendapat kad raya buatan Kak Izanor. Apa-apa pun, Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya Aidilfitri! Tidak sabar untuk membeli novel-novel karya Kak Izanor lagi.

    Tolong sampaikan salam dan ucapan Hari Raya saya kepada semua ahi BLINK iya!

    Sekian terima kasih, (Tepuk tangan!)

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Waalaikumussalam wbt.

      (Tepuk depan skrin selama 3 minit tanpa saksi)

      Hasrat mahu buat kad raya yang unik itu memang bagus. Selamat berkreatif dan terus mencairkan otak. Kak Izanor amat menyukai ayat komen Hebatalla. Terima kasih kuih tepung pelita! ^__________^

  43. Bismillahirahmanirrahim..(betul tidak saya eja?)

    (1)Tantantangan magis?ia tidak magis,ia..mengagumkan!(Sebab kak Izanor taip di Facebook,hanya tentang tandatangan magis)
    (2)Kalau magis,mesti tersembul keluar dari skrin laptop atau lain-lain.Pensel itu yang magis kerana ada tiga warna,tandatangan itu tidak magis pun..(maaf jika akak terasa)
    (3)(Sebenarnya,saya mahu komen tentang perkara lain,tetapi kak Izanor tulis sendiri,hanya tentang tandatangan magis,saya baca! O_O)Saya mahu komen sikit,pelik?Kak Izanor memperuntukkan (ITU DIA!)masa 3 jam untuk tandatangan yang biasa-biasa?
    (4)Mahu tanya,mana akak dapat idea mahu hasilkan tandatangan ini?Mungkin akak boleh unikkan untuk membuat tandatangan yang luar biasa!(seperti yang sulit,comel atau..yang tidak pernah terfikir dek akal manusia!(Melampau ini!)

    Itu sahaja lah..Kilang memproses idea telah rosak di tengah jalan..Tatkala para blinkers lain mengampu akak,saya telah mengkritik akak (maaf sebanyak bintang di langit).Tujuan saya komen bukan untuk mendapat hadiah,(sebenarnya ya) tetapi saya mahu berterus-terang.Tetapi,saya memang amat kagum dengan kad handmade akak itu..Kalau mahu kad seperti itu,mesti akan membazir beratus-ratus ringgit semata-mata mahu beli kad itu.Jika saya ada tersalah,tolong tegur ya,dan untuk kali ketiganya,saya mohon maaf!

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Ahaaa… Kak Izanor terasa bagaikan klik kotak soalan ketika membaca komen ini. 😉 Mempersembahkan jawapan setiap satu okey: 1- Tajuk mesti gempak dan ala-ala dunia dongeng yang penuh magis. 2- Itu hanya akan berlaku dengan bantuan Milo (terasa lucu) 3 dan 4 – Tandatangan yang terlalu sulit akan mengambil masa berpuluh-puluh saat, itu yang perlu dielakkan darling.^^

      Kita sama-sama cool. Tiada apa yang perlu dimaafkan. Terima kasih banyak atas kesudian Aliah Hana mencoretkan komen yang panjang =)

  44. Assalamualaikum kak Izanor!

    Wah, terujanya melihat tandatangan magis akak itu! Tandatangan Kak Izanor sangat ‘simple’ tetapi menarik dipandang, huhuhu. Memang menarik sebab warna-warni warnanya. Kan bagus jika saya dapat satu! Lagi satu, saya sarankan Kak Izanor tulis kata-kata motivasi kepada peminat-peminat akak sewaktu penyerahan kad raya itu, cewah. Saya ingin letak di tempat yang selalu saya nampak agar saya sentiasa bermotivasi memandangkan tahun ini saya UPSR. Dan, minggu depan saya Pra-UPSR. Allahuakhbar.

    P/s: Jika akak beri kad itu, tulislah sekali alamat akak. Kita kan jiran senegeri. Mana tahu boleh melawat dan berbalas-balas kad raya? Hehehehe! 😛

    Insya-Allah, sekiranya dapat satu kad raya akak yang amat-amat berharga dan sangat-sangat ekslusif ni, gerenti saya berjaya dunia akhirat. Saya akan simpan dan jaga sepenuh hati, seperti menjaga adik. Saya akan letak dalam balang kuih raya tetapi disimpan di dalam almari kaca. Huhuhuhu. Itu sahaja dari bakal 5A UPSR, Negeri Sembilan. Hohoho. Go go go Kak Izanor, walaupun Adilah akan periksa, Adilah sentiasa menyokong akak dari jauh. Kalau tak menang, redha sahajalah. 🙁

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Teruja dan mahu menjaga kad pemberian Kak Izanor seperti ‘adik’? Haha! Komen yang diselitkan dengan cadangan, ayat yang menarik dan ada unsur humor. Berlori-lori terima kasih Adilah Amran. 😉 🙂

  45. Nurul Ain Bt. Rozainy Nurul Ain Bt. Rozainy

    Saya termimpi tandatangan kak Izanor……

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Wah! Apa penamat kisah mimpi Nurul Ain? ^__________^

    • Menarik ini ! Saya mahu tahu juga peleraiannya ! Saya menanti ! 🙂

  46. Siti Hajar Siti Hajar

    Kali pertama saya melihat tandatangan akak membuatkan saya tertanya-tanya,kenapa Kak Izanor terlalu rajin membuat tandangan menggunakan pensil warna-warni(guna banyak pensil)?
    Kenapa mesti tanda seru?
    Setelah saya amati dan tenung sedalam-dalamnya barulah keluar perkataan wow![itupun setelah baca entri ini.]
    Ya ianya unik,gorgeous,daboom dan yang paling penting simple.
    Tandatangan,pensil dan kad tu tersangatlah awesome dan akan bertambah awesome kalau saya salah seorang yang bertuah mendapat kad raya beserta tandatangan akak.^^

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Hehe. Ya… tanda seru = simbolik huruf I. Terima kasih atas kata-kata Siti Hajar yang membuatkan Kak Izanor tersenyum!

    • Hey ! Jangan pertikaikan tanda seru itu ! Terasa saya ! Al maklumlah ! Nama kami berpangkalkan huruf yang sama ! Lagi pun, hati berlainan,tapi dapat merasakan apa yang Kak Izanor rasakan ! Itulah Blinkers ! (maaf saya merapu) 🙂

  47. Tandatangan yang super cantik.Pertama kali saya tahu bahawa ada pensil yang mempunyai tiga warna!Rasa seperti mahu ambil sahaja pensil itu. 🙂

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Terima kasih AqilahAdib 😉 Nonono… tak boleh ambil pensil ini. Hehe~

  48. najwa sktm najwa sktm

    Kak Izanor, ini komen kali kedua… saya suka sangat dengantandatangan Kak Izanor, kreatif cantik! Terpukaulah!!! Saya mahu tandatangan Kak Izanor!!!

    • Saya juga mahu ! Kita usahakan supaya mendapatkannya ! Go Blinkers !

  49. Tandatangan magis akak ni sangat unik dan cantik .. nanti tandatangan la waktu pesta buku ke ?? Baru cantik dan bagaikan sebuah koleksi .. hehe ..

    • Ni saya Afnan yang suka komen gambar akak di instagram tu … hehe

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Terima kasih. Kak Izanor kenal dan tahu ini Afnan yang sama 🙂 😉

  50. HanHanan HanHanan

    terima kasih atas tandatangan awesome masa perjumpaan tersebut :)…rindu tandatangan tersebut :),,

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Sama-sama. Rindu tandatangan saja? 😉 Kak Izanor masih ingat wajah teruja HanHanan ketika bertanyakan sambungan kisah Dongeng Sri Bangsar. HanHanan sudah baca Pink Riding Hood buku dongeng yang terkini? Semoga terus menyukai dan setia bersama ejen pari-pari. 😀

  51. Iema Manan Iema Manan

    Dah jumpa pensil magis nih! Huh. Rupa-rupanya ada jual kat Petrosains, KLCC ! OO yeah!
    Lepas ni boleh guna. Yeyeh yeyeh yeyeh. ;p

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Yes! Selamat bertandatangan magis.^^

  52. Shafiqah Aqilah Shafiqah Aqilah

    Wah! Tandatangan magis Kak Izanor sangat ceria dan glamor.Kagum melihat kad raya yang sungguh eksklusif dan kreatif rekaan Kak Izanor.Oh,seronoknya jika saya berpeluang mendapatkan tandatangan dan kad raya yang sangat gwiyomi ini.Sangat menarik hati!

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Kad raya gwiyomi? Hehe! Terima kasih Syafiqah Aqilah kerana sudi beri komen 😉

  53. Hani Najihah Hani Najihah

    wow!!!saya mhu juga!!!!!!!!!!!!it’s so beautiful…

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Terima kasih Hani. 🙂

  54. Fatin Nadhirah Fatin Nadhirah

    Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum Kak Izanor Sharif yang dirahmati Allah dan yang comel sentiasa . Eh?

    Pertama kali masuk pertandingan Kak Izanor ni . Hehehe. Jadi agak kekok nak mengeluarkan ayat yang hebat hebat buat Kak Izanor yang tersayang . Haha.

    1) Tandatangan Kak Izanor memang magis pun. Tidak dapat disangkal lagi. Tandatangan Kak Izanor magis sebab memang magis dan sangat magis. Susunannya terletak elok sahaja.Tiada kesan comot. Itulah yang dipanggil magis!

    2). Tandatangan Kak Izanor juga lain dari yang lain *ehem* Yalah , pen itu cantik persis tuannya kan? Dan semestinya , hasilnya juga akan cantik. Lain dari yang lain sebab , warna pen tersebut membuatkan saya jatuh cinta ^^ Kombinasi warna yang cantik.

    3) Penting sekali , tandatangan tersebut , supercomel ! Memukau mata saya terutamanya :p Cuma , terlalu ‘simple’ . Kalau boleh , Kak Izanor tambahlah ucapan atau paling hebat sekali , doa buat pembaca pembaca cilik Kak Izanor ni xD Hehehe.

    *saya sudah kehabisan idea* Apapun , ini semua jujur dari hati saya yang kecil ni. Hehe. Tidak menang kad raya pun tidak mengapalah. Tetapi kalau menang , Alhamdulillah! Saya suka sangat! Boleh sahaja jadi hiasan dalam bilik . Menambahkan seri bilik saya lagi hehehe xD Selamat menggemukkan diri dengan ibadah! Fatin Nadhirah. 2013.

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Waalaikumussalam wbt. Blinkers Fatin Nadhirah yang comel dan rajin belajar… terima kasih sudi menyertai pertandingan ini. Hai, setakat tulisan Fatin di ruang komen juga jelas memperlihatkan kebolehan menulis ayat yang hebat. Ehem~

      Ya, memang betul tandatangan ini ‘simple’ = memudahkan dan ambil masa yang pendek. Kak Izanor sudah tentu menulis kata-kata ucapan buat pembaca bila tandatangan di dalam novel dan bergantung kepada situasi juga. 🙂

      Semoga Fatin terus cergas dan ceria di bulan Ramadhan. Terima kasih lagi sekali! ^___________^

      (Di hujung komen sudah seperti dalam surat pula ada nama Fatin Nadhirah. Cool! Oh ya, semalam terserempak dengan emak Fatin di konvensyen dan sempat berbual beberapa minit)

  55. Puteri Nurbalqis Puteri Nurbalqis

    saya harap boleh lah dapat tandatangan kak izanor lagi

  56. ain amira ain amira

    assalamualaikum. saya ingin mengumpul tandatangan penulis-penulis blink, tapi setakat ni saya cuma ada tandatangan ain maisarah seorang sahaja. saya berhajat untuk bertemu dengan kak izanor pada pesta buku tahun ini, tetapi ada urusan yang menyebabkan saya langsung tidak dapat pergi ke pesta buku tahun ini. saya berharap saya dapat kad raya daripada kak izanor tahun ini. harap kak izanor baca komen saya 🙂

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Waalaikumussalam wbt. Hai Ain Amira! 🙂 Kak Izanor sudah baca dan menyukai komen ini. Terima kasih kerana sentiasa menyokong penulis Blink. Harap kita dapat bertemu pada Perjumpaan AinMaisarah hujung tahun nanti.

      • ain amira ain amira

        insya Allah 🙂

  57. cantik kak izanor buat ! Ajar ! Ajar ! Sya nak juga 🙁 Huhu

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Thanks Nuha 🙂 Hm, Kak Izanor memang seronok mahu ajar namun agak susah kerana tak dapat tunjuk secara berhadapan. Mungkin Nuha boleh search di YouTube. Taipkan kata carian: Card pop up. Ada banyak video yang menunjukkan teknik-teknik kad yang sama jenis 🙂

  58. Izanor Sharif Izanor Sharif

    Cubaan meninggalkan komen, satu, dua, tiga…

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Muncul atau tak komen dan balasan ini? Klik!

  59. Tandatangan ini sememangnya cantik,menarik dan BOMBASTIC!Oh…Sesungguhnya saya mahukan tandatangan ini di dalam kad raya saya..Tandatangan ini warna warni pula!Memang kesukaan saya!!!!Kalau boleh,Kak Izanor harus membuat photo copy bercolor untuk saya supaya saya boleh menirunya!

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Nurlisa mahu fotokopi supaya boleh tiru? Hehehe. Terima kasih atas komen ini!

  60. Nur Dzuhaila Aina Nur Dzuhaila Aina

    Aduh, saya ada masalah besar! Mata saya asyik melekat pada tanda tangan Kak Izanor yang cantik dan superstailo itu seperti telah di gam oleh gam berjenama Magis Biru Alam Dongeng. Berebut-rebut mahu mengomen dan menyibuk antara Blinkers,saya ingin menyatakan bahawa… esok raya! Oh, hehe gurau sahaja. xD Saya tidak sabar ingin melihat sendiri dan menyentuh tanda tangan magis itu secara ‘live’ in sha Allah.

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Thanks Nur Dzuhaila Aina! Semoga masalah besar itu dapat diselesaikan. 😉 😀

  61. Siti first Siti first

    Assalamualaikum dan salam ramadan , kakak Izanor ! Cantik tandatangan kakak Izanor . Warnya seperti pelangi yang mewarnai hidup saya . Bertuah kakak Izanor sebab dapat pensil magis dan saya cuma mahu cakap bahawa saya pun mahu juga !!!! Hehe ….

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Waalaikumussalam wbt… Salam Ramadhan dan terima kasih buat Siti First!^^

  62. nurina izzati nurina izzati

    Cantiknya tandatangan akak Izanor sharif macam tuannya juga…..Macam mana dengan persiapan hari raya tahun ini akak Izanor sharif??Apa tema baju raya tahun ini ,saya biru turquoise…Saya harap saya dapat kad raya dari akan Izanor ……Apapun aka Izanor you are the best…Nak satu boleh??? hehe….

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Ribuan terima kasih Nurina! 🙂 Biru turquoise memang cantik! Tema baju raya Kak Izanor tahun ini pilihan ayah: merun cair. Tunggu 1 Syawal dan kita sama-sama masukkan gambar di Facebook. Hehehe~

  63. Cantiknya tandangan Kak Izanor..cantik sangat macam tuannya..SWEET!! Kak Izanor saya nak tandatangan jugak!!!

    I LOVE BLINK BOOKS!!!

  64. Orang Misteri Orang Misteri

    assalamualaikum warahmatuaahiwabarakaatuuuuuuuu.bismilahirrahmannirrahim.dan salam sejahtera dannn salam satu malaysia.fuh panjang sungguh ucapan saya.cantik benar ya pensil itu.sekarang ni masti semuaorang nak kan.ye lah dah modenkan.tapi kat malaysia pun ada.sampai kat kedai buku sekolah pun ada.tak silap saya ada kawan saya beli kat kedai buku.namanya aliya maisarah.dia pandai sangat dalam bahasa innggeris.dia pernah beli dan saya pernah cuba.fuh akhirnya pensil dah meninggalkan kawan saya.kesian benar.dah pendek habis tak de.tinggalkan aku.sambil bac komen ni psang lagu pelarian.agak menyedihkan.taklah menyedihkan pun.sekarang dah lama tinggalkan kawan saya.pernah tengok sekali je.mesti tak ramai comment saya sebab saya dah lepas 9 month tu.wabilahitaufidwasalammualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.

  65. Orang Misteri Orang Misteri

    yang sambil bac tu sambil baca sebenarnya silap.assalamualaikum tak jawab dosa

Leave a Reply