بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalammualaikum..
Hai Blinkers semua.. apa khabar? Abang Azanil harap semua sihat ya. Kalau tak sihat cepat-cepat makan ubat. Jangan makan coki-coki pula.
Pada post yang pertama, Abang Azanil telah bercerita serba sedikit tentang diri Azanil Fitri Blink. Hari ini, Abang Azanil mahu bercerita pula tentang kisah bagaimana bermulanya kerjaya sebagai seorang penulis. Setiap kali Abang Azanil pergi ke sekolah-sekolah di bawah Program Jelajah Blink, pasti Abang Azanil akan berkongsi cerita ini. Kali ini Abang Azanil mahu berkongsi di Blog Blink pula.. Jom Abang Azanil ceritakan..
Sebelum menjadi seorang penulis Abang Azanil telah melakukan bermacam-macam jenis pekerjaan. Mula-mula kerja restoran.. pening kepala melayan keranah pelanggan. Berhenti.. kerja kilang pula. Kerja kilang pula jika mahu gaji banyak tapi kena buat over time.. masa habis dihadapan mesin sahaja. Boring! berhenti.. kerja pejabat pula. Pakai segak.. tapi nak pergi pejabat jalan jem pula.. balik pejabat pun jalan jem.. akhirnya otak sendiri naik jem.. tak boleh jadi.. berhenti lagi! tukar lagi kerja.. sudahnya jadi pemandu lori. Amik kau.. hari-hari mengadap jem, terus jadi pemandu lori. Muka jambu bawa lori.. hehehe
Jadi pemandu lori.. Abang Azanil merasakan cukup ganas sekali kerana boleh dikatakan setiap minggu pasti Abang Azanil akan keluar masuk penjara dan keluar masuk hospital.. sampai pegawai penjara dan hospital boleh kenal dengan Abang Azanil. Haa.. Ganas tak? KL Gengstar pun tak boleh lawan rekod Abang Azanil. Hahahaha (ketawa jahat). Sebenarnya Abang Azanil jadi pemandu lori roti jadi setiap minggu kena hantar roti untuk warga penjara dan hospital.. sebab itulah selalu masuk penjara dan hospital! (Jangan marah aa.. hehehe)
Ku sangkakan panas sehingga ke petang.. tetapi hujan ditengah hari. Tengah sedap-sedap jadi pemandu lori yang dikenali warga penjara dan hospital, tiba-tiba kilang roti tempat Abang Azanil berkerja itu tutup… jadi terpaksalah cari kerja lain. Sudahlah payah cari kerja.. tak fasal-fasal kena jual nasi lemak pula pagi-pagi.. huhuhu.. tetapi tak lama, sebab Abang Azanil dapat tawaran menjadi ahli skuad pemusnah nyamuk.. bunyi macam gempak je.. kerjanya bawa lori sembur racun nyamuk disekitar taman perumahan. Berkuasanya Abang Azanil waktu itu.. kalau suruh orang keluar rumah.. mereka pun keluar rumah.. kalau suruh diorang buka pintu rumah.. diorang pun buka pintu rumah. Kiranya Abang Azanil ni hero setempat la.. sebab berjaya menghapuskan dan mengusir nyamuk aedis yang boleh menyebabkan demam denggi.. namum begitu Abang Azanil begitu dibenci oleh geng-geng nyamuk. Berbakul-bakul sumpah seranah dilemparkanl.. tetapi Abang Azanil buat dek je.. (Poyo!)
Nak jadi cerita, satu hari Abang Azanil berjumpa dengan Kak Ain Maisarah. Melihat skil pemanduan Abang Azanil yang ala-ala pelumba F1, Kak Ain pun menawarkan pekerjaan sebagai pegawai jualan untuk Program Jelajah Sekolah Ain Maisarah. Kami pergi ke sekolah-sekolah yang terpilih. Abang Azanil buka meja pameran, Kak Ain Maisarah pula beri ucapan tentang kerjaya penulisan.
Waktu Kak Ain berucap, Abang Azanil pun curi-curila dengar.. perkongsian Kak Ain tentang kejayaan beliau membuatkan Abang Azanil tergerak hati untuk cuba menulis.
Jadi.. Abang Azanil pun terus menyambar buku Kak Ain yang bertajuk Aku Mahu Popular. Setelah membuat kajian dan bedah siasat pada buku tersebut.. Abang Azanil pun buatlah satu cerita dan beri pada Kak Ain untuk penilaian. Akhirnya Kak Ain pun telah memberi peluang kepada Abang Azanil untuk menjadi penulis bersama dibawah penerbitan Blink Book sdn. Bhd. Wah.. pucuk dicita ulam mendatang.. kecil tapak tangan, tapak perumahan kos rendah saya tadahkan. Apa lagi.. Abang azanil terus sambar peluang tersebut.
Maka.. bermulah kerjaya Abang Azanil sebagai seorang penulis. Tak sangka.. pemandu lori yang jambu ni pun boleh jadi penulis hehehe.. begitulah sejarah bermulanya kerjaya Azanil Fitri Blink.
Apa yang Abang Azanil dapat belajar ialah.. jika kita mahu berjaya, pastikan kita sentiasa berada dengan orang yang berjaya. Harap cerita ini memberi manafaat kepada Blinkers semua.
Okeylah.. rasanya setakat ini sahaja perkongsian Abang Azanil untuk kali ini. Akan datang Abang Azanil akan kongsikan cerita yang lain pula.
Jumpa lagi.. bye!
Senyum Selalu
Azanil Fitri Blink 🙂
sy ada buat penulisan sikit.. ala-ala nk jadikan novel gitu.. tapi tak tau nak suruh sape nilai.. ade tips tak? and nak dihantar ke mana ye?
Orang terdekat yang boleh nilai ialah rakan kita sendiri. Minta dia nilai dengan jujur dan bersedia terima pandangan/ komen dengan hati yang terbuka. Untuk hantar karya, Nurul boleh buka laman web syarikat penerbit. Kebanyakan syarikat penerbit ada menyediakan cara-cara untuk menghantar karya. Boleh juga menghantar email kepada syarikat penerbit. Selamat berjaya
powerlah. saya dh ade idea nk buat novel tp xde masa
Kena pandai bahagi masa. Lagi satu.. jangan tunggu mood nak menulis datang. kena paksa menulis.. jika tidak.. haram tak siap. 🙂
Begitulah sejarah hidup kita yang dipenuhi dengan pelbagai cabaran~
Semoga Abg Aznil teruskan menulis novel ya! ^o^
Seronok saya baca~ Tehehe~
Terima kasih atas kata-kata semangat. Ya, Abang Azanil akan terus berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk para pembaca.. Fighting!
Hahahaha….kelakarnya…
Mantap..byk keje ko penah buat..makna nye byk pengalaman la nie..keh keh keh
Hehehe.. Pengalaman yang biasa-biasa je.. bak kata orang.. pengalaman sepanjang kehidupan.. 🙂
suka lah…ada yang lawak…ada yang sedih…terbaik arhhh!!!
Begitulah asam garam dalam kehidupan.. apa yang penting.. kerjasama.. eh silap.. apa yang penting..jangan cepat putus asa.
x sangka abang azanil sangat popular
Pembacalah yang buat Abang Azanil popular.. salah seorangnya.. Aiman.. hehehe 🙂
ooohhh… Aiman jer saya x ker??? jelous tau…
aiman????haehehe….so syok!…..terbaiklah
Terima kasih 🙂
Terharu jugak baca sejarah abang azanil tapi SYABAS abang azanil kerana berjaya menjadi seorang novelistar yg terkenal.Teruskan usaha untuk menulis novel.. jgn putus asa.kami sebagai seorang pembaca akan tetap menyokong. GOOD LUCK.. Semoga berjaya..
Abang Azanil pun terharu melihat sokongan dari pembaca semua. Macih! Macih! 🙂
bengkak bengkok jugaklah naik tangga tu ye. apa pun, kisah ini boleh dibagi contoh pada pria-pria di luar sana. selamat maju jaya Abang Azanil di masa hadapan! 🙂
Bukan senang mahu senang.. bukan susah mahu susah. Terima kasih atas kata-kata semangat itu. 🙂
alaaa…. x kan Aiman jer saya x ker??? jealous tau.. isyy….
Abg azanil mcm mana abg jadi penulis novel ?
Abg, saya ada tulis cerita saya sendiri, ni hah, novelcerpensaya.blogspot.com
Terbaiklah abang Azanil!!! High 5!!!hehe… bestlah abang Azanil dapat jadi novelis popular…huhu saya ini bila pula boleh jadi seperti abang… nak jadi novelis popular juga!!!