Skip to content

Guru VS Cupcake

Asalnya bermula kosong,

[frame_center src=”https://blog.blinkblink.my/wp-content/uploads/2013/05/cupcake-baru-masak.jpg” href=”https://blog.blinkblink.my/wp-content/uploads/2013/05/cupcake-baru-masak.jpg”][/frame_center]

Seperti cupcake yang kosong. Kita masuk dalam kumpulan masyarakat yang lebih besar bersama resepi asas yang kita pelajari dari ibu dan ayah. Kukuh atau goyahnya cupcake asal ini, bergantung pada bahan-bahan dan sukatan-sukatan yang dibancuh bersama. Ada kawan yang datang bersama sukatan yang lebih, maka cupcakenya besar-besar. Ada kawan yang datang bersama bahan dan sukatan yang kurang-kurang, maka cupcakenya ada turun naik, kembang kempis, tetapi masuh tinggal dalam acuan yang sama.

 

Lalu berkenalanlah kita bersama yang lebih tinggi, yang kurang, yang kembang, yang kecut, yang kurus . . .

cupcake berlepa

Dalam berkenalan itu, muncul insan-insan yang kita kenali sebagai guru. Ada yang kita datang kepadanya, ada yang kita tiba-tiba terjumpa dengan mereka, ada juga yang mereka sendiri datang kepada kita. Dari guru, mereka memberi kita lapis-lapis ilmu, yang akhirnya menambah warna pada hidup kita. Maka terhasillah cupcake perlbagai warna, kesan dari ilmu-ilmu yang kita perolehi dari guru-guru yang berbeza. Masing-masing memberi warna-warna yang berlainan.

Kita yang dahulunya kosong, kembang,kempis, terlebih tinggi, terlebih rendah, yang kembang, yang kempis, kini nampak sepadan sahaja sesama sendiri. Lapis-lapis ilmu yang dilapik menjadikan kita lebih bijak, mahir, matang, menghormati! Biar pun asalnya kita itu berbeza resepi asasnya.

 

Lalu memancarlah kita . . .

Cupcake Hari Guru

Terima kasih buat semua. Walau ‘ah’ sekalipun, ia tetap teguran, ia tetap membawa maksud, ia tetap memberi ilmu kepada kami. Tuan puan juga guru. Terima kasih buat semua guru-guru kami, yang sudah bersara mahupun yang masih berjuang memandaikan anak didik mereka.

Selamat Hari Guru dari kami anak murid mu yang merindui…

Selamat Hari Guru Aja Fazla

Gambar Nota kaki :

Ini guru saya (Fazla) yang hadir semasa Pesta Buku Kuala Lumpur 2013. Cikgu Shuhaimi merupakan guru yang memperkenalkan saya dengan dunia teater. Waktu itu saya hanyalah watak sokongan (dalam 3-4 scene 3-4 dialog sahaja :D ). Namun itulah bekal yang membawa kepada pemilihan watak utama semasa teater tingkatan 4. :)

Published inAja Fazla

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *