بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalammualaikum.
Menemui Blinkers dan saudara-saudari cikebom cikebom. Di doakan semoga berada dalam keadaan sihat walafiat dan ceria hendaknya . Kalau tidak sihat, cepat-cepat makan ubat ya. Abang Azanil di sini alhamdulillah. Sudah baca surat pertama Abang Azanil? jika belum baca, sudi-sudikanlah diri untuk membacanya nanti ya. https://blog.blinkblink.my/surat-salam-perkenalan-with-love-ewah-azanil-fitri.html
Tujuan Abang Azanil menulis surat kali ini adalah sekadar untuk berkongsi cerita tentang kenangan sewaktu Pesta Buku Antarabangsa PWTC yang telah pun berlangsung dari 25 April sehingga 4 may 2013. Ini adalah tahun yang ke-3 Abang Azanil terlibat bersama kedai Pink. Ha.. jangan pula ada yang berhajat mahu pergi pula sebab ianya sudah pun berakhir. Sekarang hanya tinggal kenangan sahaja. Kalau nak pergi.. tahun hadapan bolehlah. Insya-allah.
Untuk menjayakan Kedai Blink di pesta buku, warga Blink Book telah bertungkus lumus membuat persiapan. Kak Ain Maisarah misalnya tanpa henti mengedit buku-buku agar dapat diterbitkan di PBAKL. Begitu juga Super Editor Blink Book, Kak Ann yang bertungkus lumus sampai mata pun dah macam beruang panda… tak cukup tidur. Tuan Pengurus pula, dalam tahap kesihatan yang kurang baik turut berusaha agar semua perancangan berjalan lancar. Abang Azanil tabik spring toing..toing! kepada mereka semua. Tidak lupa juga warga kerja Blink Book yang lain. Nanti kecil hati pula. Hehehe..
Bercerita tentang persiapan PBAKL 2013, Abang Azanil pun ada persiapan juga..takkan mahu goyang kaki pula.
Abang Azanil buat apa?.. Abang Azanil buat projek topeng Dak Gedik untuk promosi novel siri Hero Sri Bangsar.
Siapa Dak Gedik tu? Haa.. dia adalah watak superjahat dalam Siri Hero Sri Bangsar yang akan muncul dalam buku ke-8 HSB yang bertajuk Hero Mahu Saiz M. Jahat sangat ke Dak Gedik ni? Apa kuasanya? Tunggu…
Sebelum berlangsungnya pesta buku, seperti biasa krew Kedai Blink telah bergotong royang menghias kedai secantik mungkin.
Tema untuk tahun ini adalah Blink-blink. Abang Azanil ditugaskan memasang lampu lip lap lip lap dan kemudian barulah ditutup dengan kain organza biru.
Bila buka sahaja lampu.. wa lau wei! cantik ah ding dong! Bila kerja menghias kedai sudah selesai barulah kerja menyusun buku dilakukan.
Untuk pesta buku tahun ini, ada 3 buku karya Abang Azanil diterbitkan iaitu Hero vs KL Gengstar, Hero vs Pengemis Gedik dan Nomik Lawak Sekolah : Belajar berpesatuan.
Wah.. seronok bukan main bila dapat tatap ke tiga-tiga buku tersebut. Senyum sampai ke telinga.
Berbaloi-baloi segala usaha.
Keesokan harinya.. Pesta Buku Antarabangsa pun bermula.
Pagi-pagi lagi Kedai Blink sudah diserbu pengunjung.
Inilah saat yang dinanti-nantikan iaitu melihat para pengunjung membeli buku siri Hero Sri Bangsar dan Lawak Sekolah.
Tambah seronok bila ada yang mahu minta tandatangan.
Seronok.. seronok..seronok.. (gaya ipin)
Kedai Blink tahun ini telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran 4 orang penulis Blink Book yang baru. Jika sebelum ini hanya Abang Azanil, Kak Izanor, Kak Ain dan abang tembam Aman Wan sahaja yang ada untuk menandatangani buku, kini sudah ada Kak Eima Manan, Kak Jumie Jain (amboi.. kelas nama kau Jah!) Abang Alam dan Abang Fazla. Kedai Blink semakin melatop! kebaboom! Seronok para pengunjung dapat berjumpa dan minta tandatangan dengan setiap penulis.
Sepanjang pesta buku berlangsung Abang Azanil dapat bertemu dengan ramai orang. Ada rakan penulis, rakan pembaca, rakan FB yang selama ini hanya bertegur sapa di FB pun dapat jumpa. Orang kampung, abang rela, macha cleaner.. Hey! itu pun nak masuk list juga ke? ops.. terlebih sudah.. hehehe.. bukan apa, seronok terlampau.
Oh ya.. Pemenang peraduan kuiz di FB pun ada datang untuk menuntut bela hadiah.
Harap-harap mereka gembira dengan hadiah yang tidak seberapa itu ye.
Haa! Gadis Bintang pun Abang Azanil dapat jumpa.
Terharu rasanya bila melihat watak ciptaan sendiri bermesra dengan para pembaca dan pengunjung.
Sememangnya ia satu kenangan yang manis.
Di PBAKL 2013 juga Abang Azanil telah menerima sijil Bengkel Penulisan Skrip anjuran Finas dan PTS.
Dapat jugalah bertemu dengan novelis ternama, Tuan Ahadiat Akashah.
makin manislah kenangan di pesta buku.
Dan bertambah-tambah lagi manisnya apabila Kedai Blink telah memenangi anugerah Gerai terbaik, tercantik dan tergwiyomi untuk tiga tahun berturut-turut.
Tak sia-sia juga jadi pekerja TNB pasang lampu lip lap lip lap dan jadi pekerja kontraktor pelamin pengantin. Memang berbaloi-baloi.
Sewaktu berlansungnya pesta buku, salah seorang penulis Blink iaitu Abang Alam Anuar telah menyambut hari lahirnya yang ke.. alamak tak ingat lah pula. hehehe..
Jadi Kedai Blink pun buatlah cup cake red valvet untuk meraikan birthday boy itu.
Abang Azanil pun pertama kali merasa kesedapan kek yang diberi nama red valvet itu. Memang sedap.
Siapa yang buat? sudah tentulah penulis Projek Cupcake iaitu Abang Aja Fazla. Yummy!
Kebetulan pesta buku tahun ini diadakan pada musim Pilihanraya Umum ke-13.. wah.. 2013 PRU-13.. baru Abang Azanil perasan. Pada hari terakhir pesta buku, Abang Azanil sempat singgah ke PWTC sebelum berangkat pulang ke Pahang. Dia punya Jem.. tu dia..
Rasanya itu sahaja coretan Abang Azanil untuk tatapan Blinkers dan saudara saudari cikebom-cikebom semua. Nanti tulis panjang-panjang takut sampai ponteng sekolah pulak nak habiskan baca surat ni. Jadi cukup setakat ini sahaja. Lain kali kita berutus surat lagi. (Poyo!) Harap kita dapat bertemu lagi di warkah yang akan datang. Sambutlah salam kerinduan di angin lalu.. ewah. Jangan nakal-nakal, jangan tinggal solat, lintas jalan pandang kiri kanan, nak makan cuci tangan, sudah makan sila cuci?.. pinggan. Mengarut sudah.. Okey.. bye. Tata titi tutu..
Pecah kaca pecah gelas,
Sudah baca harap balas.
Senyum Selalu
Azanil Fitri Blink.
https://www.facebook.com/azanilfitri.blink
https://www.facebook.com/HeroAzanilFitriNovelis
Nota : Surat ini adalah cetakan komputer. Tidak perlu tandatangan.
Wah..bestnye! Tapi kenapa saya tak dapat jumpa pun Gadis bintang..dia datang bila eh?
Gadis Bintang datang hari sabtu dan ahad je.. Tak pe.. tahun depan insya-Allah boleh jumpa lagi
Ni aa Jah dah datang komen 😀
Hehehe.. terima kasih Jah..
Nanti ade pesta buku dekat shah alam pesta buku selangor ade tak kedai pink ain maisarah nanti
Kedai Pink Ain Maisarah tiada di Pesta buku Selangor. Tapi bukunya insya-Allah ada.
warkah abg azanil awesome. nampaknya sy akan menjadi pembaca setia gitu *eceh* =)
Terima kasih 🙂
surat surat abg azanil saya dh baca semuanya ,. bestt (Y)
Terima kasih kerana sudi membacanya dan membalasnya di ruangan komen 🙂
Abang azanil kena hentam ke dengan super 3G hehehe =D
Mana berani Super 3G hentam Abang Azanil. Nanti dia kena buli balik. hehehe
Mana berani Super 3G hentam Abang Azanil. Nanti dia kena buli balik. hehehe
Bila sut Gadis Bintang nk keluar ek? Tak sbr2 sy nk beli. Cantik sgt2.
siapa jadi Gadis Bintang tu?