Skip to content

Memuja Yang Dikasihi Dan Dicintai

20130609_105141

Bismillahirahanirrahim.

Wah, tajuk. Memuja yang dikasihi dan dicintai gitu. Bukan puja awek atau balak okay. Tak sesuaii.

Assalamualaikum. Hari ini Kak Eima mahu ajak adik-adik menyebut beberapa nama Allah. Nama Allah ada 99. Kak Eima faham kita tak dapat hafal semuanya kan? Jadi Kak Eima sertakan beberapa tips supaya kita dapat menghafal nama-nama Allah ini peringkat demi peringkat.

Dah macam Ustajah Eima pula ye. Tapi , tak mengapa, pinjam karakter Ustajahlah sekejap untuk hari ini. Itulah yang seronoknya jadi penulis ini, boleh berlagak tukar karakter bila-bila masa dan sesuka hati dalam penulisan, mahu jadi apa pun boleh! Kalah pelakon Malaywood kita. Wink!

Sebelum Kak Eima beri tips yang berguna, adik-adik mesti ingat lagu Asmaul Husna kan? Ya, kita boleh menyanyi atau bernasyid 99 nama Allah itu secara lancar tapi boleh jadi kita tidak ingat maksudnya. Contohnya As-Samii’. Tahu maksudnya? Yang Maha Mendengar. Allah itu Maha Pendengar segala luahan kita terhadapNya. Kalau sekiranya kawan kita tidak ada yang mahu mendengar masalah kita, Allah ada. “Ya Allah, dalam kelas aku mendapat markah Matematik yang paling rendah, tolonglah bagi aku dapat markah paling tinggi kali ini. Tolonglah biuskan otak aku hebat mengira macam Adi Putra. Aku malu. Semoga Kau kurangkan rasa malu aku dan taraf lembab aku. Amin.”

Namun itu contohnya sahaja.

Tips ingat nama Allah dan maksudnya.

Setiap hari hafal tiga nama Allah atau satu sahaja sudah cukup. Bilangan nama Allah yang mahu hafal itu, terpulang. Tetapkan hafalan ini selama mana yang mungkin sampai dia melekat dalam kepala. Tapi jangan ambil masa terlalu lama. Over gitu.

Contohnya untuk hari ini Ar-Rahman, Ar-Rahim, Al-Malik. Ataupun Ar-Rahman dan Ar-Rahim sahaja. Terpulang.

Hafal ulang-ulang. Duduk sahaja di mana sahaja pun, hafal. Suka hatilah mahu hafal cara macam mana pun. Hafal kuat atau hafal dalam hati. Hafal selepas solat, jadikan zikir itu yang terbaik.

Ar-Rahman-Yang Maha Pemurah
Ar-Rahim-Yang Maha Penyayang
Al-Malik-Yang Maha Kaya.

Masa zikir, ingatkan maksudnya. Baru kita mudah dekatkan diri pada Allah dan selalu ingat Allah jika ada apa-apa masalah pun. In Sha Allah. Kak Eima selalu amalkan menyebut Al-Mutakabbir sebelum memulakan kegiatan harian. Bangun bagi, doa dan zikir Al-Mutakabbir 33 kali. In Sha Allah, segala urusan kita berjalan lancar dan baik-baik sahaja. Adik-adik pun tak salah kalau berzikir nama Allah sewaktu bangun pagi ketika mahu pergi ke sekolah kalau malas baca doa panjang-panjang.

Kalau lalu tepi The Wanababes tu mungkin boleh hembus sipi-sipi menyebut Al-Latif, Al-Khabir, Al-Halim terutama si Fasharina tu. Atau pun takut dengan Umie Aidah, Cikgu Haizi atau Cikgu Amnah Jambul Sabung Ayam, boleh baca Al-Aziz, Al-Jabbar, Al-Mutakabbir setiap kali jumpa.

Kalau jenis penakut nak bercakap macam Sharifah Aliyah boleh berzikir Al-Hakim sebanyak 33 kali. Zikir Al-Hakim ini juga boleh diaplikasikan ketika mahu ambil peperiksaan. Sewaktu di universiti dahulu, setiap kali ada peperiksaan Kak Eima baca Al-Hakim. Petua itu Kak Eima dapat dari seorang pemandu teksi yang ketika itu hantar Kak Eima ke dewan peperiksaan. Tapi ini bukan pemandu teksi dalam cerita Aku Mahu Jadi Novelistar ya. Hihi.

Kalau diri dianiaya, boleh sebut Al-Muntaqim-Yang Maha Pembalas atau Al-‘Adl-Yang Maha Adil.

Kalau hati berkecamuk mungkin boleh sebut Al-Adziim-Yang Maha Besar.

Pendek kata kita aplikasikan selalu salah satu nama Allah dalam kegiatan harian yang mana sesuai itu. Setiap hari hafal satu nama Allah berserta maksudnya sekali.

Boleh? Kot ada sesiapa yang ada tips yang lebih baik, mari kita kongsikan bersama. Takde? Ok. Fineee.

Adik-adik yang ingat secara spontan nama-nama Allah dan MAKSUDnya, jom tulis nama Allah di bawah petak komen. Taknak? Ok. Fineee.

Oh ya, satu lagi. Promosi : Jangan lupa dapatkan buku Macam-macam Katty (PTS One) (PELIT) pada 21 Jun nanti, penulis Eima Manan, harga RM 8.90, 128 mukasurat sahaja.. Syukur. Yahuu.

Ps : Gatal tangan nak menulis Nasyid vs Koir. Ada sesiapa pernah masuk nasyid? Koir? Boleh kongsikan juga pengalaman. Tentu seronokkan kalau yang bernasyid tu. Pakai lawa-lawa ala-ala model Hijabista gitu. Ah comelnya korang!

Published inEima Manan

8 Comments

  1. Iema Manan Iema Manan

    itulah, bertahun sudah ku menunggu buku tu..(baca sambil nyanyi). Macehhhh! 128 mukasurat je pun. hihihi….

    • Alyssa Sophia Alyssa Sophia

      Syahmi,jika awak terlalu rindu dengan kucing awak,awak berdoa kepada Allah.Jika awak tidak rasa tenang,berzikirlah selalu.Jangan terlalu berfikir tentang yang sudah pergi.Selagi kita hidup,kita mesti berjuang.

      Saya juga pernah kehilangan seekor kucing.Anak kucing,bukan ibu atau ayah kucing.Anak kucing yang baru lahir. 🙁

    • Iema Manan Iema Manan

      Syahmi, untuk legakan hati yang sedang kerinduan? Rindukan siapa? Haa…
      Kalau rindu , baca Quran dan zikir apa sahaja memujiNya.

  2. Ingatkan Syafiq Naswip dah yang bagi petua kat Kak Eima… hihihhi.. BTW, tahniah Eima, nanti Kak Ju pi cari dan baca… Akhirnya penantian berakhir, seronok kan tengok buku sendiri…

    • Iema Manan Iema Manan

      Kak Jumie, Syafiq Naswip yang minta petua dari Eima. Dia kirim salam sekali pada Kak Jumie. Hahaha 😀

      Terima kasih atas ucapan. Beli jangan tak beli.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *