Skip to content

Oh Diari Super 3G ku..

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalammualaikum Blinkers semua! hai hai hai.. Apa khabar. Bertemu lagi kita di Blog Blink Blink dalam ruangan Bersama ku.. Azanil Fitri Blink. Ewah!

profile_picture_by_super3g_plz-d4zgdpwJika post yang lepas Abang Azanil bercerita sejarah bermulanya menjadi seorang penulis novel. Kali ini Abang azanil mahu bercerita pula tentang di sebalik tabir pembikinan novel pertama iaitu tidak lain dan tidak bukan Diari Super 3G. Ingat filem sahaja ada di sebalik tabir.. Siri Hero Sri Bangsar pun ada tau!

Baiklah.. begini kisahnya..

~Kisah seorang anak yang duka nestapa kerana ibunya batuk. Uhuk! Uhuk!~ Iklan sekejap.. hehehe.

Setelah menerima tawaran untuk menulis novel dari Kak Ain, Abang Azanil pun mulalah berfikir.. cerita apa yang hendak ditulis. Nak jadi cerita, waktu Abang Azanil menjual di sekolah-sekolah, ada sebuah buku yang begitu menarik perhatian iaitu novel yang bertajuk Diari Mat Despatch karya penulis terkenal PTS- Bahruddin Bekri.

DIARI MAT DISPATCH-250x417

Dalam hati Abang Azanil berkata.. “Hmm.. Mat Despatch pun ada diari. Kalau superhero buat diari mesti lagi best.” Terus.. Ting! (sebiji mentol menyala di atas kepala) Ya.. Ilham sudah sampai.. jadi Abang Azanil pun mengambil keputusan untuk menulis sebuah novel superhero dalam bentuk diari. Tambah pula cerita-cerita superhero sudah menjadi satu fenomena. Ada Spiderman, Batman, Kluangman, cicak man.. ha apa lagi.. Man Laksa?.. err.. itu bukan superhero.. tapi superharu.

Dah tahu nak tulis cerita apa, Abang Azanil pun  mula menyusun rangka ceritanya.  Diari Superhero.. itulah tajuk asalnya.

DSC_0020
Ini adalah sebahagian rangka cerita Diari Superhero. Agak-agak boleh baca tak tulisan ni? hehehe..

 

exportedframe
Alfi bin Alfa a.k.a Super 3G

Pada mulanya watak utama adalah seorang lelaki dewasa tetapi disebabkan ia adalah buku remaja, ianya ditukar menjadi seorang pelajar tingkatan 4 supaya lebih dekat kepada pembaca.

Alat super powernya pun pada mulanya bukanlah tali pinggang tetapi sepasang kasut yang dibeli di kedai bundle.

Setelah menjalani proses penilaian.. akhirnya watak Alfi bersama tali pinggang Super 3G berjaya dicipta.

 

 

 

 

 

 

nc03
Novel Comel : Penubuhan Geng Sup Ekor.

Watak superhero sudah ada.. tiba giliran cipta watak penjahat pula. Penjahatnya pula mestilah lain dari yang lain.Boleh mencuit hati pembaca.Maka terciptalah Geng Sup Ekor yang merompak pinggan mangkuk di taman perumahan sekitar Sri Bangsar. Sebenarnya waktu itu Abang Azanil tengah kemaruk makan sup ekor.Dari situlah dapat idea untuk watak penjahat tersebut..hehehe.. Idea ada di mana-mana.

 

 

 

Gambar hiasan
Gambar hiasan

Untuk buku pertama ini Abang Azanil banyak mengolah cerita berdasarkan dari pengalaman diri sendiri.Contohnya Cerita jatuh longkang, cerita berdiri di hadapan tapak perhimpunan, cerita Ayah Zizam tak jumpa rumah dan paling best sekali cerita Alfi menyelamatkan kantin sekolah dari terbakar. Sebenarnya itu adalah kisah benar Abang Azanil sendiri. Akulah superhero itu.. hahaha..

 

 

Kepada yang rasa-rasa tiada idea nak menulis cerita, olah sahaja pengalaman diri sendiri. Mesti dapat satu buku. Abang Azanil sudah buktikan.

Setelah hampir sebulan bertungkus lumus menulis. Akhirnya siap juga manuskrip Diari Super 3G. Bila sudah hantar kepada Kak Ain, tuan pengurus pun kata “Azanil, kamu kena cipta satu watak superhero perempuan. Kami mahu jadikan cerita ini sebagai novel bersiri. Ada 10 kesemuanya.”

“Apa? SEPULUH? Gulp..” Abang Azanil telan air liur. Jeng..jeng.. jeng.. (bunyi muzik ala-ala cerita P.Ramlee.)

Haa… begitulah kisah di sebalik tabir Diari Super 3G. Akan datang Abang Azanil akan kongsi pula cerita di sebalik tabir Hero Rebut Popular pula.  Setiap buku pasti ada cerita.

Kepada Blinkers yang belum membaca Diari Super 3G boleh dapatkan di kedai buku yang berhampiran. Jika payah sangat nak cari, boleh beli secara online di Kedai Blink Online.—->  http://www.kedaiblink.com/ Tak payah susah-susah.. buku akan terus dihantar di hadapan rumah anda..

Kepada yang belum jadi rakan Abang Azanil di FB boleh add—> Azanil Fitri Blink. Dan..

Kepada yang belum jadi rakan fanpage di FB boleh like———-> Azanil Fitri Novelis.

Berjumpa lagi di lain masa. Terima kasih kerana sudi membaca.

Pecah kaca pecah gelas,

Lepas baca harap balas. (komen)

 

Senyum Selalu

Azanil Fitri Blink.

 

 

 

 

Published inAzanil Fitri

10 Comments

  1. Aiman Abdulrahman Aiman Abdulrahman

    Kalau abang Azanil jual abang punya coretan dalam buku kosong yang digunakan untuk menulis Diari super 3G mesti laku kan?

  2. Abang, seingat sy, Mat Despatch tu kan watak komik. Lg satu. Patut Abg Udin tu beriya (la sgt) waktu kem penulisan tue. Err… stok Diari Super 3G ada lg? Sy nk beli walaupun kat PSS sekolah dh ada.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *