Skip to content

Pertandingan Menulis Cerpen Bertemakan Idola

1060381_145245809007957_1065050274_n

PERTANDINGAN MENULIS CERPEN: IDOLA.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

APA YANG HARUS DILAKUKAN?

Bagi menyertai pertandingan ini, anda hanya perlu menulis sebuah cerpen berkaitan dengan tajuk utama. Konsep IDOLA yang dimaksudkan merangkumi tokoh ternama, selebriti, keluarga, sahabat, kenalan atau sesiapa sahaja yang memberi motivasi dalam kehidupan anda. Hanya pilih seorang idola. Mengapa memilih beliau sebagai idola? Tulis dan ceritakan nilai-nilai yang positif. Cerpen hendaklah mencecah 400 patah perkataan, namun tidak melebihi 1000 patah perkataan. Tajuk cerpen mengikut kreativiti sendiri.

PEMILIHAN PEMENANG.

Pemenang akan dipilih hasil perbincangan dan penilaian para penulis BLINK.

HADIAH PERTANDINGAN.

Pemenang tempat pertama akan memenangi sejumlah RM50 + 5 buah buku PTS. Cerpen ini berkemungkinan diterbitkan dalam majalah BLINK pada masa akan datang.

Tiga pemenang hadiah saguhati: 3 buah buku PTS setiap seorang.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN.

  • Pertandingan ini boleh disertai oleh semua orang tidak mengira umur, bangsa atau kewarganegaraan.
  • Jawapan ditulis menggunakan  Bahasa Melayu penuh. Singkatan ejaan dan penggunaan bahasa SMS / slanga akan ditolak serta-merta.
  • Tuliskan keseluruhan jumlah perkataan di hujung penamat cerpen.
  • Para peserta juga perlu jadi ahli kumpulan PROJEK PENULISAN BLINKERS di link ini: https://www.facebook.com/groups/projekpenulisanblinkers/

RINGKASAN MAKLUMAT PERTANDINGAN.

Tarikh tutup : 19 Julai 2013

Tarikh umum pemenang : 26 Julai 2013

Hantarkan penyertaan ini menggunakan emel peribadi anda kepada [email protected]

Sertakan juga maklumat peribadi berikut :

  • Nama Penuh :
  • Alamat Penuh :
  • Umur :
  • No Telefon :
  • Tajuk Cerpen:

Sebarang pertanyaan boleh ditinggalkan di ruang komen atau dalam Facebook Group: PROJEK PENULISAN BLINKERS.

Selamat menuliskan kehebatan IDOLA pujaan hati dan bertanding!

Published inIzanor SharifTerbaru

54 Comments

  1. kena buat kisah cerita kita dengan idola itu atau buat macam karangan biografi?mohon penjelasan..

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Ashya Aziz: Cerita kita dengan idola.

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Shahadah: Mula-mula pilih seorang idola. Mengapa pilih beliau sebagai idola? . Ceritakan tentang idola itu. Apa kebaikan dan kelebihan beliau? Apa yang kita suka sangat sehingga anggap beliau sebagai idola? Sejauh mana beliau memberi kesan dalam kehidupan kita dan lain-lain.

      Bahasakan diri dengan kata ganti diri saya. Contoh:

      Idola saya adalah Dr Fadzilah Kamsah. Perwatakan dan kewibawaan beliau ketika memberi ceramah begitu menarik perhatian saya. Setiap kali sebelum menjawab kertas peperiksaan, saya pasti mengamalkan tip-tip yang pernah dikongsikan.

      Dr Fadzilah Kamsah seorang penceramah yang…

  2. nur aina balqis nur aina balqis

    tajuk itu macam mana?

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Nur Aina Balqis: Buat sahaja apa-apa tajuk yang berkaitan dengan idola pilihan. Contohnya: Dr Fadzilah Kamsah Idolaku / David Bechkam Pemain Bola Sepak Terhebat / Suara Emas Maher Zain.
      Contoh tanpa letak nama idola: Tokoh Kegemaran Saya / Cikgu Terbaik di Sekolah / Pencetus Semangat / Oh Idolaku!

      • nur aina balqis nur aina balqis

        terima kasih

  3. Iqmar Iqmar

    Wekk. :'(..seram !

  4. Sabrina Sabrina

    Buat biografi ataupun buat cerpen diantara kita dengan idola itu?? Saya masih tidak faham….

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Sabrina, tulis cerpen. Contohnya: Idola saya adalah Dr Fadzilah Kamsah. Perwatakan dan kewibawaan beliau ketika memberi ceramah begitu menarik perhatian saya. Setiap kali sebelum menjawab kertas peperiksaan, saya pasti mengamalkan tip-tip yang pernah dikongsikan.

      Dr Fadzilah Kamsah seorang penceramah yang… (dan seterusnya)

      Sabrina boleh guna kata ganti diri, saya, aku atau reka satu nama watak lain. Mungkin juga mahu masukkan babak yang kita pernah bertemu dengan idola di satu majlis. Terserempak ketika melintas jalan raya dan sebagainya. Kita nampak dia buat baik tolong orang tua… semua ini jenis nilai positif. Tulis dalam bentuk cerita = cerpen.

  5. nur aina balqis nur aina balqis

    ni macam cerita sejarahlah kan?

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Sebenarnya bukan dalam kategori sejarah. Tapi, apa pun harap Nur Aina Balqis faham. Rujuk balasan Kak Izanor pada komen kawan-kawan lain bagi menambah kefahaman 🙂

  6. Err, kalau buat satu cerita kita dengan idola tu boleh ? Cerita tu hanyalah rekaan semata-mata…contohnya, kita berjumpa dengan idola kita tu. Boleh tak ?

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Nurul Afiqah: Boleh! Ini memang cerpen rekaan sendiri. Tulis saja ikut kreativiti. 😉

  7. hazriq hazriq

    penyertaan nak hantar di mana

  8. Iqmar Iqmar

    saya sudah siap,tinggal hantar sahaja ! Tunggu ya kak Izanor

  9. Iqmar Iqmar

    Saya sudah hantar ! Yeah!

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Alhamdulillah! Yeah, nanti Kak Izanor balas emel tanda sudah terima cerpen Iqmar ya. B|

      • Iqmar Iqmar

        🙂 ..semoga Kak Izanor berpuas hati dengan cerpen saya ! 🙂

        • Izanor Sharif Izanor Sharif

          🙂 Kak Izanor juga mengharapkan perkara yang serupa. Setakat ini belum periksa emel lagi, tunggu ya! Namun…jika masih banyak idea. Iqmar boleh hantar cerpen yang kedua pula. Tiada batasan penyertaan.^^

      • Iqmar Iqmar

        Saya sedang menanti balasan Emel Kak Izanor !! 🙂

        • Izanor Sharif Izanor Sharif

          Iqmar: Sudah balas 😉

  10. najwa husna najwa husna

    kena hantar dekat mana

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Najwa Husna: Ada tertera dalam entri blog ini. Hantarkan ke emel [email protected] okey 🙂

  11. Husna Husna

    Salam nak tanya, wajib ke dalam cerpen ni letak kata ganti nama diri guna ‘saya’? tq.

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Husna: Boleh guna kata ganti nama saya, aku atau letak nama watak terus. Selamat menulis! 🙂

  12. achik achik

    nak tanya..agak2 kalau 1000 patah perkataan tu berapa muka surat?

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Achik: Tidak lebih dua muka surat (ini ikut saiz font yang normal – 12)

  13. Madihah Balqis Madihah Balqis

    Assalam nk tanye sikit, boleh x letak name watak, bukan name kite atau x bahasekan diri kite saye…

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Madihah BALQIS: Boleh.

  14. Assalamualaikum Kak Izanor 🙂 Saya nak tanya sedikit. Bolehkah kalau idola itu berbangsa ‘mat salleh’?

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Waalaikumussalam Alia: Ya. Semua bangsa pun boleh 🙂

  15. Zulaika Zulaika

    KALAU IDOLA YANG SAYA NK BUAT INI MAK SAYA.. BOLEH KE?

    • Aja Fazla Aja Fazla

      Boleh! 🙂

      • Zulaika Zulaika

        TIDAK KISAH BERAPA PERENGGAN?? maaf banyak tanya… 🙁

        • Izanor Sharif Izanor Sharif

          Zulaika: Ya, tidak kisah berapa perenggan 🙂

  16. Assalamualaikum kak izanor…nak tulis lepas tu hantar macam mana…saya tak faham…tulis dekat mana…hantar macam mana….tolong jelaskan

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Nor Intan Saniah taip di laptop dan hantarkan ke emel Kak Izanor: [email protected]

  17. E E

    majalah BLINK tu, majalah utk kanak-kanak/ remaja/ dewasa?

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Majalah BLINK untuk pasaran remaja.

  18. Iffa HANI Iffa HANI

    Assalamualaikum,kak Izanor cerpen itu kena buat seperti yang kak Izanor tunjukkan ke? Atau boleh buat ikut bentuk penulisan yang lain??

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Iffa Hani: Itu contoh sahaja. Memang boleh buat bentuk lain juga.

  19. sarraleya sarraleya

    aik…pertandingan nih dh habis ker?bukan tarikh tutup 19 julai ker?

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Sarraleya, belum habis lagi-memang tamat 19 Julai Ahad ini 🙂

  20. qila akisz qila akisz

    assalamualaikum kak izanor, cerpen ini perlu ditulis dalam ruangan emel atau dalam microsoft office word?

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Qila Akisz: Waalaikumussalam wbt. Dua-dua cara juga diterima.

  21. ain ain

    boley x.. tajuk tuh dlm cerpen ubah sikit? contoh.. aku rindu idola ku…?

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Salam Ain. Pertandingan ini sudah tamat pada 19 Julai. Di masa akan datang kemungkinan bulan September ada satu lagi pertandingan cerpen yang lain okey 🙂

      • pertandingan bulan september ni kak izanor buat lepas habis upsr yer..supaya kami yang upsr sempat nak sertai..terima kasih!

        • Izanor Sharif Izanor Sharif

          Okey Asha Aziz 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published.