Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hai-hai-hai Blinkers! Sudah lebih sebulan tiada catatan terbaru, yang ada hanyalah pertandingan cerpen (tutup muka malu sebab kalah dengan PBB lain-yang kongsi macam-macam cerita)… RINDU mahu menulis.
Baiklah. Kita semua ada kenangan tersendiri di bulan puasa, begitu juga Izanor yang pernah terjun dalam dunia perniagaan kuih mahupun biskut raya. Mempersembahkan beberapa kisah cabaran dan keterujaan bergelar Puteri Kuih.^^
Sejarah bermula tahun 2005. Di tahun akhir kolej, subjek memang kurang dan ada banyak masa lapang. Ayah yang suka berniaga mencadangkan kami membuat dan menjual kuih raya. Jenis pilihan tentulah biskut popular Almon London dan Tat Nenas. Kedua-dua adalah biskut yang sukar (bila malas semuanya jadi sukar gitu hihi) dan melecehkan. Yalah… ada banyak langkah-langkah yang penuh liku seperti: Bulatkan bentuk buah kanna atau kurma – bakar badam – cairkan coklat dan siram – tunggu kering (Almond okey). Macam itu juga dengan Tat (nama saja pendek, tetapi… proses pembuatannya panjang berjela dan memerlukan stok dulang supaya ia terhampak bak karpet): Bulat-bulatkan intinya dulu (pernah juga masak inti sendiri kerana mahukan citarasa original konon-ikut sesuka campuran masam-likat yang disukai) – bancuh tepung – tolak adunan (ini babak paling stres dan berpeluh buat Izanor-sentiasa gagal buat panjang) – gulungkan – telurkan – bakar.
Lebih kurang 5 tahun kami sekeluarga bisnes kuih raya. Pernah ada tahun yang Izanor tidak keluar rumah sebulan-maklumlah ketua Chef memang yang paling sibuk. Seawal jam 9.00 pagi mula bancuh adunan, ketibaan sepupu dan kawan yang bertindak sebagai pekerja… mata sentiasa tajam memerhatikan kualiti setiap kuih. Bukanlah cerewet sangat, namun perlu ada tahap penilaian dan markah juga sebab semua ini dibuat atas tujuan berniaga = penuhi kehendak pelanggan. Lucu terkenangkan detik pada tiga hari pertama contohnya, lebih-lebih lagi mereka yang tangan kayu-tidak biasa mengulit tepung… sepatutnya bentuk paling cun serta stailo bercirikan buah kanna (senang muat dalam cup dan elok terbentuk bila dicurahkan coklat). Namun, pekerja-pekerja amatur terlebih kreatif dengan selambanya membuat bentuk bantal peluk, pin boling dan gula-gula.
(+____________________________________+)
Okey… terima kasih sangat sebab mencipta menu biskut baru: Almond Seremban. Hehehe! Selepas itu, kualiti semakin okey dan Kak Izanor pun tidak perlu teliti membetulkan bucu-bucu biskut yang lari bentuk (ewahhh, macam dia paling pandai!).
Seribu penat membuat Tat dan Almond, tetapi… pengalaman, ilmu dan memori keseronokan tetap tercipta.
*Semua gambar kredit kepada Putera GOOGLE*
Kebiasaannya, minggu akhir raya kami sudah berhenti memproses kuih. Di tapak bazar Ampangan (antara kawasan perniagaan yang meriah di Seremban), kami dapat tapak strategik tiga tahun berturut-turut. Ia istimewa kerana bersebelahan dengan gerai makan yang jadi tumpuan dan tempat DJ bertugas. Jiran sebelah pula menjual pakaian, manakala di hadapan menjual kasut… kurang sikit saingan secara berdekatan (hamboi tak mahu bersaing…). Yalah, jika rapat sangat sama-sama jual kuih raya pun seperti mengelirukan keinginan membeli para pelanggan.
Bahagianya di kawasan bazar apabila tiba waktu berbuka, semua peniaga mahu sedekahkan baki jualan mereka seperti air minuman, buah-buahan potong, kebab dan lain-lain. Memang tidak perlu keluar belanja =) (Namun, sesekali tekak mengada minta menu ayam golek atau nasi tomato contohnya… harus beli sendiri juga)
Setiap kali mempromosi atau menghebohkan tentang gerai-gerai yang ada di sekitar bazar, DJ yang bersuara serak memberi gelaran Puteri Kuih kepada kami (Izanor dan sepupu). Adakah detik itu DJ sudah tahu satu hari nanti Kak Izanor akan menulis kisah dongeng Sri Bangsar yang membabitkan watak-watak PUTERI? Hehe! Adik-adik lelaki yang banyak bertugas angkat stok berkotak-kotak kuih dari kereta-dari rumah atau kilang (kami hanya buat Tat dan Almond London, selain itu ambil beberapa kuih sebagai tambahan) jarang berada di gerai… jadi mereka tak dapat pangkat ‘Putera Kuih’ (hahaha pangkat konon)
Semua itu tinggal sejarah. Terkini memang tidak kuasa mahu buat kuih Almond lagi dan hanya buat menu yang mudah dan pantas seperti: Conrflakes dan Chocolate Chip. Dua-dua pun lazat dimakan!^^
Okey… sebenarnya, situasi kesibukan sungguh meruncing dengan tugasan Superbibik yang menghimpit (tak habis lagi kemas rumah dan kuih baru buat tiga jenis). Namun, Kak Izanor cuba curi masa bagi menuliskan catatan ini dan yeah sudah hampir selesai… alhamdulillah!
Semua boleh ikuti perkembangan persiapan Aidilfitri dan tugasan lain di sini. Suka dan aktif Instagram: http://instagram.com/p/ciJpy2MLU6/
Facebook: https://www.facebook.com/izanor.sharif
Facebook Page: https://www.facebook.com/IzanorSharifNovelis?ref=hl
Sampai bertemu lagi dalam catatan seterusnya. Senyum-senyum bunga semua. Selamat meraikan bulan mulia!
Kakak dan abang saya sekarang cuti sem. apa lagi, buat kuih raya sendirilah!(meski pun ada yang dibeli..hehehe) buat tat nenas,semprit,cookies, cornflakes madu, popia nestum. Mereka ada menjual cookies chocolate chip tetapi bukan seperti kak Izanor dan sepupu sehingga menerima jawatan yang kedua terbesar selepas Permaisuri Kuih!
Hehehe. Cerita yang menarik Ana Farzana. Bagus… sejak remaja lagi sudah biasakan diri membuat kuih raya. Yalah, kuih yang dibeli itu sebagai tambahan dan tak semua jenis kita tahu cara menghasilkannya. ^_______^
Kenapa kak iznor tak teruskan je business tu????
blink blink