Skip to content

Jutawan Syawal

duit-raya

(kredit foto : www.123rf.com)

 

Salam Syawal Blinkers!

Ramai yang sudah menjadi jutawan sekarang. Berapa pendapatan bulan ini? 0.0000001 juta? 0.0000020 juta?  hahaha.. ada yang berusaha mengumpul duit dengan menjelajah setiap rumah yang ada. Ada yang menerima seadanya rezeki yang diberi dengan mengikuti ibubapa atau saudara beraya. Berbagai-bagai gelagat yang datang dan pelbagai cerita yang didengari.

……………

“Kita mesti pergi rumah orang kaya, orang kaya banyak duit. Mesti dia beri banyak”

“Mana tahu itu rumah orang kaya?”

“Tengok rumahlah, rumahnya besar dan cantik-cantik”

………….

Ada yang berlumba kumpul duit banyak antara kumpulan sepupu. Kumpulan sepupu lelaki dan sepupu perempuan. Datang kumpulan sepupu kecil (4 tahun – 13 tahun) ke rumah…

“Assalamualaikum! kami datang hendak beraya”

“Masuklah…” belum sempat habis ayat, mulut pun masih ternganga hendah bersuara sudah kena cantas zasss…

“…tapi kami tidak mahu makan dan minum, kami hanya mahu duit raya” ( amboi ini bukan hendak beraya, ini mahu kutip duit. Macam kutip duit sewa rumah pula)

“Peraturan rumah ini hanya beraya sahaja, duit raya tiada..” Kata Kak Aja sekadar bergurau lalu pergi ke dapur untuk mengambil air. Tetamu kecil mengambil tempat masing-masing. Masing-masing mengeluarkan sampul duit raya untuk melihat hasil kutipan. Entah berapa biji rumah dia pergi.

Kak Aja baru selesai menyusun gelas dan hendak mengangkat keluar.

“Hey! hendak ke mana?”

“Kami tidak mahu buang masa, kami hendak beraya ke rumah orang lain pula” Pantas yang kepala bercakap, yang lain hanya mengekor.

Nganga lagi. (Ok. Tidak perlu cuci gelas dan pinggan. Yea!!… ( ^ ________^ ).   Duit raya? Nanti mereka datang lagi dengan pak cik dan mak cik)

…………..

“Pak Su, Selamat Hari Raya” Aboy menghulurkan tangan untuk bersalam. Salam disambut.

“Nah! Duit raya” Pak Su mengulurkan sampul duit raya. Belum sempat melangkah pergi sampul sudah dikoyak.

“SEKEPING je! Kedekutlah Pak Su ini.” Duit not RM50 dijulang ke arah Pak Su.

“Kedekut kau kata, aku bagi lima puloh tu”

“Pak Lang bagi lagi banyak.”

“Pak Lang beri berapa?”

Aboy  menunjukan 5 jarinya yang comel-comel.

“Lima?”

Aboy mengangguk dan kemudian mengeluarkan duit dari poket. 5 keping duit  not RM 1 dibuka seperti kipas.

(  ; _____ ;  )

………..

” Mama, abang tidak aci, abang dapat 53 ringgit” Adu Hasyim pulang dari berhari raya.

“Adik dapat berapa?”

“Adik dapat 50 je”

“Oklah tu, dapat 50”

“Tapi abang dapat 53”

“Alah 3 ringgit je, kemudian-kemudian dapatlah 3 ringgit itu.”

” Tapi abang ada 3 ringgit”

Mama malas layan… dan berlalu pergi. Lalalala….

 

10 minit kemudian. Adik datang ke sebelah mama.

“Mama macam mana ni, adik masih tidak cukup 3 ringgit”

“Besok-besok cukuplah tu. Hari raya masih banyak lagi.”

Diam…

 

10 minit kemudian.

Che Teh lalu di hadapannya “Che Teh, boleh beri adik 3 ringgit. Duit adik tidak cukup untuk sama dengan abang.”

Mama menjeling pada adik ” Nanti dia beli ais-krim, duit dia akan sama dengan adik”

Diam….

“Tapi adik tidak cukup 3 ringgit”

(Tiga ringgit yang menganggu jiwa)

……..

Ok. Duit sudah berkepuk-kepuk, poket sudah kembung. Mahu buat apa? Kita joli huahaha! aku kaya! aku banyak wang! (  $ ____ $ )v

Sebaiknya simpanlah sebahagian atau simpan semua lagi bagus kerana ia boleh membantu di kemudian hari. Simpan? susah tu isk! isk! isk!

Jika mahu guna, gunakan pada benda yang bermanafaat dan kekal lama seperti buku BLINK ke, buku-buku lain pun boleh. Bukan Ais-krim, makan besar di restoran (Fast food), Jajan. Benda-benda ini nilainya hilang sekelip mata apabila di pam. Bukan juga permainan pakai buang. Sudahlah hendak dapat setahun-sekali, senang-senang kita lenyapkan. Fikir-fikirkan ya.

Oklah… Kak Aja mahu berfikir hendak buat apa dengan duit raya, susah-susah sumbat sahaja ke dalam Bank. Tamat cerita.

 

( ^    v    ^ )  v

 

Published inAja FazlaTerbaru

One Comment

  1. Na'ilah Jalani Na'ilah Jalani

    Salam Kak Aja. =)
    Wah, waktu saya masih kecil-kecil saya juga satu daripada karakter diatas. ^_^
    Tetapi sejak saya melangkah ke alam remaja saya semakin mengerti jika kakak dapat duit raya lebih dari saya. Hehe.
    *Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin* =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *