Skip to content

Pertandingan Menulis Cerpen Bertemakan Persahabatan

1082470_10201680185713838_361243363_n

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

APA YANG HARUS DILAKUKAN?

Bagi menyertai pertandingan ini, anda hanya perlu menulis sebuah cerpen berkaitan dengan tajuk utama. Kongsikan satu peristiwa-pengalaman menarik, gembira, lucu, mendebarkan atau apa sahaja yang pernah diharungi bersama teman anda. Cerpen hendaklah mencecah 400 patah perkataan, namun tidak melebihi 1000 patah perkataan. Tajuk cerpen mengikut kreativiti sendiri.

PEMILIHAN PEMENANG.

Pemenang akan dipilih hasil perbincangan dan penilaian para penulis BLINK.

HADIAH PERTANDINGAN.

Pemenang tempat pertama akan memenangi sejumlah RM50 + 5 buah buku PTS. Cerpen ini berkemungkinan diterbitkan dalam majalah BLINK pada masa akan datang.

Tiga pemenang hadiah saguhati: 3 buah buku PTS setiap seorang.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN.

  • Pertandingan ini boleh disertai oleh semua orang tidak mengira umur, bangsa atau kewarganegaraan.
  • Jawapan ditulis menggunakan  Bahasa Melayu penuh. Singkatan ejaan dan penggunaan bahasa SMS / slanga akan ditolak serta-merta.
  • Tuliskan keseluruhan jumlah perkataan di hujung penamat cerpen.
  • Para peserta juga perlu jadi ahli kumpulan PROJEK PENULISAN BLINKERS di link ini: https://www.facebook.com/groups/projekpenulisanblinkers/

RINGKASAN MAKLUMAT PERTANDINGAN.

Tarikh tutup : 27 September 2013

Tarikh umum pemenang : 4 Oktober 2013

Hantarkan penyertaan ini menggunakan emel peribadi anda kepada [email protected]

Sertakan juga maklumat peribadi berikut :

  • Nama Penuh :
  • Alamat Penuh :
  • Umur :
  • No Telefon :
  • Tajuk Cerpen:

Sebarang pertanyaan boleh ditinggalkan di ruang komen atau dalam Facebook Group: PROJEK PENULISAN BLINKERS.

Selamat menuliskan kisah persahabatan yang indah dan bertanding!

Published inIzanor SharifTerbaru

19 Comments

  1. Sabrina Sabrina

    Kak Izanor,bolehkah saya tulis cerpen dengan pengalaman rekaan ??

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Sabrina: Boleh.

  2. Delaila Delyana Delaila Delyana

    Assalammualaikum, Kak Izanor. Saya mahu bertanya, menggunakan akaun gmail atau Yahoo?

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Delaila: Dua-dua pun boleh digunakan.

  3. Muhd Nazmi Zahin Muhd Nazmi Zahin

    Assalamualaikum, Kak Izanor. Kena hantar menggunakan email ke?

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Nazmi: Ya, itu memang peraturan. Memudahkan semua cerpen terkumpul dalam satu emel dan proses pemarkahan.

  4. Assalamualaikum, saya mahu bertanya…bagaimana mahu menulis Kisah Tentang Persahabatan itu?

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Wan Nur Arliana: Boleh masuk group Projek Penulisan Blinkers. Cari pos berkaitan dengan pertandingan ini dan ada contoh cerpen.

  5. Asalamualaikum , Kak Izanor , kalau saya masukkan sedikit cerita rekaan boleh ? Maknanya tidak pernah terjadi tetapi saya reka supaya lebih menarik..

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Norintan79: Boleh dan bebas.

  6. Misz Rieyna Misz Rieyna

    Nak tanya, guna New Time Romance ke ? dan size berapa ? 11 ?

  7. hatta hatta

    nak hantar guna attachment atau copy paste? format?

  8. Blinker96 Blinker96

    Kak Izanor, saya hantar pada 27.9 boleh kan? O.O

  9. Nor Intan Saniah Sulaiman Nor Intan Saniah Sulaiman

    Kak Izanor , tamat hari Jumaat 27 SEPTEMBAR tepat jam 12 malamkah ?

  10. Anis Si Gadis Bintang Anis Si Gadis Bintang

    Kalau sambungan hero hari itu boleh kan?

  11. Alahai.. hari ini tarikh tutup dia.. melepas nak join.. huhu..

  12. Kak Izanor , hari ini sudah 4 Oktober…..Petang nanti atau bila umum pemenangnya ? Saya tidak sabar ! 🙂

    • Najwa Wawa Gedik's Najwa Wawa Gedik's

      Ala,dah habis ke?baru nk join.tpi,x pelah

Leave a Reply

Your email address will not be published.