Skip to content

Gegaran Transformers

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca semua..

Hoho Kak Ju menulis lagi di sini selepas lama sungguh-sungguh tinggalkannya. Kali ni mata tak mahu terpejam dan bolehlah Kak Ju coretkan serba sedikit di blog Blink Blink ni. Kak Ju harap semua Blinkers sihat ‘sokmo’.

Temp

Bagaimana puasa Blinkers tahun ini? Ada yang kali pertama berpuasa? Kalau ada, angkat tangan!.. Kak Ju nak bilang ni.. Pada yang pertama kali berpuasa, dan berpuasa penuh pula, Kak Ju mahu ucapkan tahniah!. (Emmm “Aku Mahu Ucap Tahniah”, agak-agak boleh jadi buku tak? Kalau nak, tulis di ruangan komen. ^__^)

Kak Ju harap kita semua dapat berpuasa, dan tingkatkan amalan. Main-main juga, buka fb-buka juga, doa dan lain-lain jangan dilupa.. Doa di bulan Ramadhan ni makbul. Jadi sebelum buka puasa tu, jangan lupa doa apa-apa sahaja yang Blinkers mahukan. Maklumlah puasa ni setahun sekali sahaja. Kita semua tak tahu bila hari terakhir kita di sini. Tahun ini juga Kak Ju dapat tahu ada seorang rakan sekolah rendah Kak Ju yang meninggal awal Ramadhan hari tu. Terasa pula ingatan-ingatan semasa alam kanak-kanak dahulu. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan dalam lindungan Allah selalu.

Okey kembali kepada tajuk. Sebelum hari pertama puasa tempohari, Kak Ju berkesempatan menonton Transformers. Ingat tak dulu Kak Ju ada cerita kalau cerita-cerita macam ni Kak Ju suka tengok.

Gegaran Optimus Prime
Gegaran Optimus Prime

Itu yang gambar ada gegaran ni. Akibat Megatron la ni… habis bergegar gambar Kak Ju.. Tak boleh la nak berselfie-selfie bagai ya.

Cerita ni kan ada cukup rencah , ada suka duka dan lucunya. Tapi yang Kak Ju tak tahan tu di awal cerita dah diselitkan unsur sedih. Ialah, kawan watak utama ni dah terkorban dahulu. Tak sempat nak selamatkan diri. Lepas tu babak pun mulalah gedebuk gedebak lawan-lawan, lari-lari, aksi-aksi drift (jangan ada yang tiru!). Cuma kali ni Kak Ju dapat rasakan ada banyak watak manusia berlawan dengan transformers (penjahat) berbanding dahulu. Kiranya ada ‘improvement’ la manusia ni ya.

Siri-siri transformers dahulu, wataknya banyak sembunyikan diri, kali ni banyak membantu Optimus Prime dan geng melawan Megatron, si penjahat durjana. Kisah kali ini juga sedikit berbeza  kerana memfokuskan kisah kasih sayang antara anak perempuan dan ayah. Yang tak tahannya tu, bila dah habis, rupanya ada lagi siri akan datang. Penjahat utama tak mati-mati lagi… Aduh la, ini satu penyeksaan sebenarnya. Kena tunggu lagi lah jawabnya filem sambungannya nanti.

Gegaran Optimus Prime

Transformers_Age_of_Extinction_Poster.jpeg

Kak Ju tak mahulah cerita lebih-lebih. Nanti jadi spoiler pula. 🙂 Cerita tentang Transformers, emmm nantikan satu siri yang baru dari Blink Book akan datang, in sha Allah…

Ok, Kak Ju berhenti sini dulu. Salam Sayang.. Selamat Malam.

 

 

 

 

 

Published inJumie JainTerbaru

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *