Assalammualaikum Blinkers!
Satu hari, buka Facebook dan terlihat post seorang kawan baru. Katanya
“Siapa mahu join backpaking ke India? Syaratnya (sekian…sekian…)”
dan selang beberapa hari itu, abang Fazla masuk ke lawan web AirAsia, klik pada penerbangan ke Kochi India dan …
There! in a blink of an eyes…I just make a split decision. I went downstair and say to Aja (still remember this word), “Saya akan ke India 21haribulan Oktober”
“Oh ok!” katanya ringkas.
Ha? tiada apa-apa reaksi terkejut macam “Apa! Awak ke India tidak bawa saya!” , “HA! pening apa tiba-tiba awak pergi India ni?” , “Hey! tinggalkan kereta Porche dahulu sebelum ke sana ya!”
Tidak, tidak, dan tiada satu pun dialog seperti di atas keluar dari mulutnya. Dia macam dia yang sebelum ini, ‘happy’.
Ya! ‘Happy’ sangat, nanti tahulah cerita ‘Happy’nya ini. (Hey! I have live with her so long, used to the drama hahahaha)
………………………………………………………..
Ok Blinkers, cerita BackPacker Blues : India akan abang Fazla sambung kemudian (mungkin detailnya esok). Malam ini dalam kesempatan yang singkat, seperti yang dijanjikan dalam FB, mahu berikan sesuatu BUAT YANG MAHU sahaja ok!.
Begini, Abang Fazla akan ke India berbackpack (kembara dalam kos murah) pada Selasa ini 21.10.2014. Kami berempat, akan mendarat di Kochi,India. Antara tempat yang akan kami lawati nanti adalah Munnar dan sebuah masjid yang terawal di bina di India. Ada beberapa lagi tempat yang dijangka menarik (bagi orang first time keluar negara jauh begini macam saya, semuanya menarik!) nanti akan dicerita kemudian.
Ceritanya, abang Fazla mahu kongsikan keseronokan di sana bersama Blinkers semua. Ada dua keadaan akan berlaku perkongsian ini. Pertama, insyaALLAH niatnya akan membukukan kisah pengalaman ‘tiba-tiba’ ini kepada semua. Juga berkongsi melalui FB atau blog jika berkesempatan.
KEDUA, yang ini perlu baca. Abang Fazla mahu hadiahkan POSTCARD yang dikirim KHAS DARI INDIA!
Yup! InsyaALLAH jika dalam perjalanan itu ada kemudahan menghantar surat, abang Fazla akan post dari sana, sekiranya tidak, post POSTCARD dari India di Malaysia sahajalah gamaknya (hahahaha).
Apa pun, tidak terbuka kepada semua. Abang Fazla mampu (insyaALLAH) hantar pada 10 orang yang terpilih sahaja untuk menerima postcard ini. Jika ada yang dapat extra dari kuota, alhamdulillah :).
Bagaimana SAYA boleh terpilih untuk terima POSTCARD DARI INDIA AJA FAZLA?
Caranya mudah sahaja.
1- Hantarkan email ke email ajafazla di [email protected]
2- Di dalam Email :-
-Ceritakan/Tanya/Minta “Apa perkara yang hendak sangat diketahui mengenai Trip Backpacker Blues India Abang Fazla?”
(Boleh jadi mahu tahu mengenai India, mengenai aktiviti Backpack itu sendiri, kawan-kawan backpackers ke atau apa sahaja, mahu minta buat posing bersama abang-abang hensem di sana kah! hahaha)
-Sertakan dalam email nama penuh dan ALAMAT RUMAH Blinkers ya!
3- Email yang kreatif,mengusik hati abang Fazla, akan dipilih menerima POSTCARD istimewa dihantar dari INDIA!
4- Tarikh tutup sampai hari Selasa (21.10.2014) pukul 12 tengah hari. Selepas itu, ditutup, sebab Abang Fazla mahu salin alamat mereka yang terpilih untuk dibawa bersama ke India.
5- InsyaALLAH trip akan berakhir pada 28.10.2014.
Baiklah itu sahaja, jika ada pertanyaan boleh bertanya terus di ruang komen atau FB abang Fazla ya! 🙂
TaDa!
Bestnyaa dapat melawat India. Semoga selamat pergi balik Abang Fazla!
Hold on, abang pergi Munnar?!! Best gila.
Ok, kenapa saya seorang sahaja yang belum rasainya? (Sebab belum semak tempat itu huhuhu)
Saya tiada email. Bagaimana?
Wah!! Bestnya! Pergi tak ajak.
Hana Nabihah, yang diisi masa hantar pertanyaan ini bukan email betulkah?
Buat satu akaun email. Mudah sahaja 🙂
Abang pergi dengan Kak Aja ke
Thamir, tidak abang Fazla pergi dengan tim lain :). InsyaALLAH niat sudah pasang mahu backpack bersama Kak Aja nanti.
Abang Aja Fazla website dia apa??
Wardina, website apa ya?
Mengenai Postcard Pos dari India? Baca keseluruhan blog ini, sudah beritahu bagaimana 😀
saya dah emailkannya Abang Fazla! 😀
Amirah, terima kasih! Check sudah email 😀
Wah!! Mesti best kan pergi India..Saya tidak pernah pun pergi jauh tu..Bertuahlah Abang Fazla..Emmmm..he he he 🙂
Macam manager nak bagi alamat ,Abang Aka?
Abang Aja bukan Abang Aka.. Silap pula tulis ( tepuk dahi ) 🙂
Saya dah email Abang Fazla dah 🙂
Alaaaa udah terlepaas eden!
Kalau dapat postcard tu,bila nak sampai?
Selamat jalan dan Selamat sampai ya Abang Fazla!
Wah!Best lah Abang Fazla dapat ke India..Saya tidak pernah pergi sejauh tu..Untunglah..emmm..Untunglah..Semoga Selamat dalam perjalanan ke sana dan pulang ke sini..Saya paling jauh pergi pun ke Pulau Pinang..Untunglah.. 🙂
Di sana ada aktiviti apa? Ada tak aktiviti sepak bola tepi pantai?
Wahh ! Seronoknya ~nanti mahu tulis ^_^ AbangbAja ! Wait for me
Sudah tidak sempat mahu masuk …sedihnye..
NO COMMENT (zip mulut )