Skip to content

Assalammualaikum 2015

Assalammualaikum!

Hey Yo! Blinkers 😉

Azam baru 2015, tetapi jika nama kita sudah sememangnya Azam, mahu sebut bagaimana ya? “Azam Azam tahun baru 2015 ini adalah…”

Post kali ini bukan mahu satu lagi post klise “Azam tahun baru 2015 I adalah…” yang akhirnya entah kemanalah agaknya Azam itu mengeteh.

Klik dan baca ;).

 

Imbau kembali kisah belakang, sudah 2 tahun menyarung jersi Penulis Blink. Kelip-kelip sudah 2015. Benarlah kata-kata yang kami dikalangan penulis (baca: saya yang kepoh-kepohkan) yakni :-

Sekali kamu menjadi penulis Blink, hidupmu akan sentiasa berkelip-kelip

Habis berkelip sudah 2015! Ok jangan panjang cerita. Sebenarnya mahu kongsi satu situasi. Kebiasaanya kita akan menanti satu masa (Kak Aja cakap menunggu tanda bulan bintang berjujuran) untuk memulakan sesuatu. Tidak salah, cuma ia makan masa. Kita tunggu tahun baru untuk pasang niat, “Aku akan mula menulis tepat tahun baru tanpa henti!” atau “Komik Lawak Sekolah ini bermula 1 Januari 2015 aku akan lukis sampai siap 2 Januari 2015!” kata Aman Wan penulis kontroversi masa kini.

Mengapa menangguh perkara yang baik? Bila ia sesuatu yang baik, dan boleh dilakukan sekarang, terus lakukan!

Tahun 2014 yang sudah berlalu…

Sememangnya bukan untuk dikenang apa kebaikan yang sudah kita lakukan, patut kita pandang apa yang belum kita selesaikan. Agar datangnya 2015 ini kita lakukan yang lebih baik dari sebelum ini. Apa yang saya cuba tuliskan sebenarnya? Hmm… sewaktu blog ini ditulis, banyak betul yang bermain dalam fikiran. Maka fikir, mahu lepaskan perlahan-lahan dalam blog ini, agar tersusun apa yang ada di dalam kepala.

2014 ayah pergi meninggalkan sementara kami, menemui penciptaNYA. Sewaktu pesta buku Kuala Lumpur 2014 sedang rancak naik. Ini memang saya tidak lupakan. Tidak ramai yang tahu, mohon doa dan sedekah Al-fatihah buat arwah ayah saya Abdul Latif Idrus dan buat keluarga yang membaca blog ini juga.

Sewaktu blog ini ditulis juga, sebenarnya sedang bersiap-siap mahu balik ke Kelantan. Tahun 2014, Disember , kita di Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan kejadian banjir yang dikatakan paling teruk dalam sejarah. Kawasan-kawasan di kebanyakan negeri di bahagian pantai timur mengalami banjir yang lebih luar biasa dari yang pernah mereka hadapi sebelum ini. (Nanti update letak gambar di sini).

Rumah mak dan ayah kak Aja turut menerima kedatangan banjir yang sama. Mujur waktu kejadian sedang memuncak, mereka berada di Selangor, jadi hari ini mereka sudah kembali ke kampung. Maka kami bersama mahu balik menolong ayah dan emak mengemas rumah. Khabarnya lumpur tebal dan stor juga habis perlu dicuci barang-barang di dalamnya. Air paip juga masih putus bekalan, elektrik juga. Allah!

2015 bermula hari ini…

Abang Fazla mahu laksanakan banyak perkara dengan lebih efektif.

  • Kita selesaikan manuskrip Siri Lolongan “Misteri Banglo Pink Menangis” yang perlu diperbaiki kesemua manuskrip.
  • Menyusun dan menjalankan program-program buat Blinkers di bawah Blink Event.
  • Membentangkan kepada pihak atasan isi kandungan baru untuk Blog BlinkBlink ini. InsyaALLAH, semboyan Majalah Blink khabarnya makin dekat.
  • dan macam-macam lagi… T___T

 

Apa pun yang pertama perlu disiap siagakan adalah diri sendiri juga. Sukanya hari ini, pagi lagi sudah all out hantar baju semua pergi dobi layan diri (Wohoo!) . Wahal  mahu merasakan suasana basuh baju guna mesin layan diri. Hahahaha… sangat poyo. Yelah, sudahlah tempat itu 24 jam, disediakan juga Astro, ada sudut bermain untuk anak-anak kecil dan paling penting ada WIFi…wuhuu. (walaupun linenya mahu hantar what apps pun..alahai..)

Ya! sebenarnya keseluruhan semua blog hari ini adalah mahu cerita, abang Fazla bermula dengan pagi yang baik pada tahun baru 2015 (wahal hari-hari pun baik, sebab dipanjangkan umur olehNYA. Amin y(*-*)y ) Rumah sudah semakin kemas, buku tidak lagi bertaburan di sana sini. Sudah nampak lantai rumah (hahaha…over!), bolehlah menyapu lantai setiap pagi.

Bilik kerja sudah bertambah oksigen vs habuk yang suka serang hidung yang sensitif ini! Uhuk. Tahun 2015 ini juga selain menyambut dengan doa, agar dipermudahkan kita semua dalam setiap usaha baik yang diusahakan, dipanjangkan umur dalam keberkatanNYA, dimurahkan rezeki, dapat sambut dengan satu lagu baru.

Yup! suka sangat lagu ini. Sekarang semakin suka bila banyak lagu-lagu jenis semangat kendiri sudah banyak tumbuh dalam industri lagu. Kebiasaannya lagu-lagu Jepun suka lirik motivasi dan sebagainya selain cinta cintun patah hati mak yang berlambak dalam dunia muzik Malaysia. Ahh..sudah jadi rancangan AF pula haha.

Baiklah mahu tamatkan blog post pertama 2015 dengan lagu semangat dari Faizal Tahir (ada orang cakap muka saya macam dia hahaha ..terima kasih)

Terimalah Assalammualaikum!

 

Saya yang kini aktif menulis

Aja Fazla

Published inAja FazlaTerbaru

3 Comments

  1. Nur Syuhadah Nur Syuhadah

    Al-Fatihah buat ayah Aja Fazla .. misteri banglo pink menangis ??? belum keluar ke buku tu .. tak pernah dengar pun tajuk tu …

  2. nur nur

    assalamuaialikum kak ain.saya ada masalah sikit ni.sejak saya berada di sekolah menengah ni,banyak perubahan yg ada pada diri saya.saya nk jadi pengawas sekolah,tapi x terpilih.masa saya kat sekolah rendah dulu,saya la yg paling pandai dan saya juga menjadi pengawas sekolah.kawan2 saya semua jadi pengawas sekolah.tapi…saya x.saya harap kak ain dapat tolong saya…sekian…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *