Skip to content

Pertandingan Menulis Cerpen Bertemakan Idola

1060381_145245809007957_1065050274_n

PERTANDINGAN MENULIS CERPEN: IDOLA.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

APA YANG HARUS DILAKUKAN?

Bagi menyertai pertandingan ini, anda hanya perlu menulis sebuah cerpen berkaitan dengan tajuk utama. Konsep IDOLA yang dimaksudkan merangkumi tokoh ternama, selebriti, keluarga, sahabat, kenalan atau sesiapa sahaja yang memberi motivasi dalam kehidupan anda. Hanya pilih seorang idola. Mengapa memilih beliau sebagai idola? Tulis dan ceritakan nilai-nilai yang positif. Cerpen hendaklah mencecah 400 patah perkataan, namun tidak melebihi 1000 patah perkataan. Tajuk cerpen mengikut kreativiti sendiri.

PEMILIHAN PEMENANG.

Pemenang akan dipilih hasil perbincangan dan penilaian para penulis BLINK.

HADIAH PERTANDINGAN.

Pemenang tempat pertama akan memenangi sejumlah RM50 + 5 buah buku PTS. Cerpen ini berkemungkinan diterbitkan dalam majalah BLINK pada masa akan datang.

Tiga pemenang hadiah saguhati: 3 buah buku PTS setiap seorang.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN.

  • Pertandingan ini boleh disertai oleh semua orang tidak mengira umur, bangsa atau kewarganegaraan.
  • Jawapan ditulis menggunakan  Bahasa Melayu penuh. Singkatan ejaan dan penggunaan bahasa SMS / slanga akan ditolak serta-merta.
  • Tuliskan keseluruhan jumlah perkataan di hujung penamat cerpen.
  • Para peserta juga perlu jadi ahli kumpulan PROJEK PENULISAN BLINKERS di link ini: https://www.facebook.com/groups/projekpenulisanblinkers/

RINGKASAN MAKLUMAT PERTANDINGAN.

Tarikh tutup : 19 Julai 2013

Tarikh umum pemenang : 26 Julai 2013

Hantarkan penyertaan ini menggunakan emel peribadi anda kepada [email protected]

Sertakan juga maklumat peribadi berikut :

  • Nama Penuh :
  • Alamat Penuh :
  • Umur :
  • No Telefon :
  • Tajuk Cerpen:

Sebarang pertanyaan boleh ditinggalkan di ruang komen atau dalam Facebook Group: PROJEK PENULISAN BLINKERS.

Selamat menuliskan kehebatan IDOLA pujaan hati dan bertanding!

Published inIzanor SharifTerbaru

54 Comments

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Shahadah: Mula-mula pilih seorang idola. Mengapa pilih beliau sebagai idola? . Ceritakan tentang idola itu. Apa kebaikan dan kelebihan beliau? Apa yang kita suka sangat sehingga anggap beliau sebagai idola? Sejauh mana beliau memberi kesan dalam kehidupan kita dan lain-lain.

      Bahasakan diri dengan kata ganti diri saya. Contoh:

      Idola saya adalah Dr Fadzilah Kamsah. Perwatakan dan kewibawaan beliau ketika memberi ceramah begitu menarik perhatian saya. Setiap kali sebelum menjawab kertas peperiksaan, saya pasti mengamalkan tip-tip yang pernah dikongsikan.

      Dr Fadzilah Kamsah seorang penceramah yang…

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Nur Aina Balqis: Buat sahaja apa-apa tajuk yang berkaitan dengan idola pilihan. Contohnya: Dr Fadzilah Kamsah Idolaku / David Bechkam Pemain Bola Sepak Terhebat / Suara Emas Maher Zain.
      Contoh tanpa letak nama idola: Tokoh Kegemaran Saya / Cikgu Terbaik di Sekolah / Pencetus Semangat / Oh Idolaku!

  1. Sabrina Sabrina

    Buat biografi ataupun buat cerpen diantara kita dengan idola itu?? Saya masih tidak faham….

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Sabrina, tulis cerpen. Contohnya: Idola saya adalah Dr Fadzilah Kamsah. Perwatakan dan kewibawaan beliau ketika memberi ceramah begitu menarik perhatian saya. Setiap kali sebelum menjawab kertas peperiksaan, saya pasti mengamalkan tip-tip yang pernah dikongsikan.

      Dr Fadzilah Kamsah seorang penceramah yang… (dan seterusnya)

      Sabrina boleh guna kata ganti diri, saya, aku atau reka satu nama watak lain. Mungkin juga mahu masukkan babak yang kita pernah bertemu dengan idola di satu majlis. Terserempak ketika melintas jalan raya dan sebagainya. Kita nampak dia buat baik tolong orang tua… semua ini jenis nilai positif. Tulis dalam bentuk cerita = cerpen.

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Sebenarnya bukan dalam kategori sejarah. Tapi, apa pun harap Nur Aina Balqis faham. Rujuk balasan Kak Izanor pada komen kawan-kawan lain bagi menambah kefahaman 🙂

  2. Err, kalau buat satu cerita kita dengan idola tu boleh ? Cerita tu hanyalah rekaan semata-mata…contohnya, kita berjumpa dengan idola kita tu. Boleh tak ?

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Nurul Afiqah: Boleh! Ini memang cerpen rekaan sendiri. Tulis saja ikut kreativiti. 😉

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Alhamdulillah! Yeah, nanti Kak Izanor balas emel tanda sudah terima cerpen Iqmar ya. B|

        • Izanor Sharif Izanor Sharif

          🙂 Kak Izanor juga mengharapkan perkara yang serupa. Setakat ini belum periksa emel lagi, tunggu ya! Namun…jika masih banyak idea. Iqmar boleh hantar cerpen yang kedua pula. Tiada batasan penyertaan.^^

  3. Husna Husna

    Salam nak tanya, wajib ke dalam cerpen ni letak kata ganti nama diri guna ‘saya’? tq.

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Husna: Boleh guna kata ganti nama saya, aku atau letak nama watak terus. Selamat menulis! 🙂

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Achik: Tidak lebih dua muka surat (ini ikut saiz font yang normal – 12)

  4. Madihah Balqis Madihah Balqis

    Assalam nk tanye sikit, boleh x letak name watak, bukan name kite atau x bahasekan diri kite saye…

  5. Assalamualaikum Kak Izanor 🙂 Saya nak tanya sedikit. Bolehkah kalau idola itu berbangsa ‘mat salleh’?

  6. Iffa HANI Iffa HANI

    Assalamualaikum,kak Izanor cerpen itu kena buat seperti yang kak Izanor tunjukkan ke? Atau boleh buat ikut bentuk penulisan yang lain??

  7. qila akisz qila akisz

    assalamualaikum kak izanor, cerpen ini perlu ditulis dalam ruangan emel atau dalam microsoft office word?

    • Izanor Sharif Izanor Sharif

      Salam Ain. Pertandingan ini sudah tamat pada 19 Julai. Di masa akan datang kemungkinan bulan September ada satu lagi pertandingan cerpen yang lain okey 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *